MENU

Friday, April 24, 2020

RAMADAN AL MUBARAK

Alhamdulillah, Ramadan datang lagi.
SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERAMAL IBADAH
SEMOGA RAMADAN KALI INI LEBIH BAIK DARI RAMADAN TAHUN LEPAS
SEMOGA KITA SEMUA DIBERI KESIHATAN,DIBERI PELUANG UNTUK BERIBADAH,SENTIASA  DALAM RAHMAT,  KASIH SAYANG, PERLINDUNGAN DAN KEAMPUNAN ALLAH .
SEMOGA SEGALA DOA KITA DIMAKBULKAN OLEH ALLAH. AAMIIN.

Thursday, April 16, 2020

JANGAN PUTUS ASA DENGAN RAHMAT DAN KEAMPUNAN ALLAH.

Assalamualaikum. Selamat pagi... رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Ya Allah andainya ada diantara kami @ keluarga kami@ saudara mara kami@ kawan2 kami @ guru2 kami @ pemimpin2 kami yg sedang sakit, kumohon Engkau sembuhkanlah dan permudahkan segala urusan kami dan mereka semua.kabulkanlah doa2 kami ya Allah.aamiin.

Monday, April 13, 2020

APA KHABAR SEMUA?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. سموگ دمقبولكن سگالا دعاء، دڤرمودهكن سگالا اوروسن، جوگ سنتياس دالم رحمة دان كريضاءن الله جوا هندقث ...آمين.. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.semoga dimakbulkan segala doa,dipermudahkan segala urusan, juga sentiasa dalam rahmat dan keredhoan Allah jua hendaknya.aamiin.

JOM DOA

Ya Allah andainya ada diantara kami @ keluarga kami@ saudara mara kami@ kawan2 kami @ guru2 kami @ pemimpin2 kami yg sedang sakit, kumohon Engkau sembuhkanlah dan permudahkan segala urusan kami dan mereka semua.kabulkanlah doa2 kami ya Allah.aamiin.

Friday, April 3, 2020

YA ALLAH, JADIKAN KAMI HAMBAMU YANG SABAR DAN TABAH

  • 🌻🌻UJIAN ALLAH? 

  •  🌻🌻Adakah semua insan pernah ditimpa musibah?. 

  • 🌻🌻Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini. Tidak benar jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. 

  • 🌻🌻Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. 
  • 🌻🌻Hadapi setiap ujian yang mendatang dengan tenang..

  •  🌻🌻Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.  
  • 🌻🌻Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita. 

  • 🌻🌻Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali? Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.   

  •  🌻🌻Allah Timpakan Ujian Supaya Kita Bersabar.. 

  •  🌻🌻Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.Kita selalu tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. 

  •  🌻🌻Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya. 

  • 🌻🌻Mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita. 

  • 🌻🌻Bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. 

  •  🌻🌻Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya. 

  •  🌻🌻Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. 

  •  🌻🌻Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. 

  •  🌻🌻Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. 

  • 🌻🌻Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan. 

  • 🌻🌻Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu. 

  • 🌻🌻Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt. 

  •  🌻🌻Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar. 

  • 🌻🌻Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. 

  •  🌻🌻Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! 

  •  🌻🌻Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. 

  •  🌻🌻Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya. 

  •  🌻🌻Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. 

  •  🌻🌻Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.

  •  🌻🌻Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik.

LAKUKAN 5 PERKARA SEBELUM DATANG 5 PERKARA

  LAKUKAN 5 PERKARA SEBELUM  DATANG 5 PERKARA  Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْل...