MENU

Monday, April 25, 2022

PROGRAM World Quran Hour 2022

 Assalamualaikum wbt

PROGRAM World Quran Hour 2022


Program akan diadakan pada: 


🗓️  26 April 2022 ( Selasa, 24 Ramadhan 2022 )

🕒 12.00 tgh- 1.00 tgh

🏫 Lokasi masing- masing


Maklumat lanjut di :

https://www.facebook.com/353795139827/posts/10159996561794828/


Semoga bermanfaat.


🌹Sekian, terima kasih.

Sunday, April 24, 2022

Kenenjadian Murid. Terima kasih Cikgu Nor Shazwani Shamsudin di atas perkongsian ini.


 Amaran‼️

Posting ini panjang. Jika admin rasa sesuai untuk dikongsikan di sini, admin boleh approve. Kalau rasa sebaliknya, cukuplah hanya admin yang baca.

No hate, just chill!


Pelajar di sekolah menengah (upper form) biasanya sudah menunjukkan tahap kemampuan akademik, minat dan kecenderungan masing masing.


Pelajar cemerlang, cikgu terus galakkan ke matrikulasi atau universiti, bagaimanapun saya mohon cikgu dan kaunselor sebar luaskan perkongsian saya ini kepada pelajar sederhana dan lemah.


Selain ke kolej swasta, cikgu boleh cadangkan lepasan SPM Melayu dan Bumiputera mohon ke pusat TVET MARA seperti Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Malaysia Japan Industrial Institute (MJII).


Bagi saya secara peribadi kemenjadian pelajar terbahagi dua:

1. Bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.

2. Berjaya dari segi ekonomi (contoh: Graduan dari keluarga B/ M40 berjaya naik ke T20).


Kenapa?


Sebab mereka wujud untuk memberi peluang kepada pelajar yang cenderung kepada bidang teknikal. Jika dulu fokus mereka kepada pelajar sederhana dan lemah akademik, tetapi kini pelajar yang layak ke institusi tinggi lain turut memilih ke IKM/ KKTM dan MJII.


Selain itu, TVET MARA juga perlu dijadikan pilihan kerana:


✅ Belajar dengan pembiayaan MARA (tak perlu loan).

✅ Pelajar diberi wang sara diri (elaun, tidak perlu bayar balik)

✅ Pengiktirafan MQA, ETAC, Suruhanjaya tenaga dan lain lain. Ini penting supaya boleh menyambung pengajian sehingga PHD, boleh berkerja di industri dan sektor kerajaaan.

✅ Pensyarah berpengalaman

✅ Latihan dan kelengkapan sama kegunaan di industri.

✅ Pendedahan bidang keusahawanan. Pelajar di kampus terus diberi peluang menjadi usahawan jika berminat. Bantuan modal, kelengkapan, bussiness plan, premis dan SSM diuruskan oleh MARA.

✅ Jalinan industri yang meluas dan banyak lagi.


Bangga saya kongsikan ramai alumni mereka berjaya.

Terlalu ramai bergaji ribuan ringgit sehari. 

Ada profesional bidang elektrik dengan gaji RM4500 sehari. 

Jurutera bidang kimpalan dengan gaji RM80 ribu sebulan, pelaut yang mengembara ke seluruh dunia dan ramai lagi.


Saya tidak pasti kenapa ramai yang kurang tahu tentang IKM/ KKTM dan MJII.

Bagi saya ia satu kerugian yang sangat besar.


Pusat TVET MARA lahirkan ramai profesional pelbagai bidang. Jurutera, arkitek, jurukimpal, fitter, machinist dan banyak lagi. Setakat ini, doktor perubatan saja belum ada.


Jom cikgu dan kaunselor dalam group ini, kita dedahkan pelajar tentang TVET MARA.

Bagi mereka pilihan.


Apa saya dapat dan apa cikgu dapat dengan perkongsian ini?

Saya dan cikgu tak dapat komisyen perhead pun kalau pelajar pilih ke IKM/ KKTM/ MJII.

Tetapi, mendapat kepuasan  melihat pelajar berjaya dan menjadi individu lebih hebat daripada kita.


Sekian, perkongsian daripada saya seorang pensyarah di institusi TVET MARA yang ingin lihat lebih ramai anak bangsa berjaya.


Saya mengharapkan perkongsian berbentuk ilmiah di ruangan komen.

Jika ada lepasan pusat TVET MARA berjaya yang cikgu kenal boleh juga kongsikan.

Atau ada persoalan, perbincangan dan mampu jawab, insha allah saya akan respond.


Boleh baca beberapa kisah kejayaan alumni di sini:


https://www.facebook.com/1759556614/posts/10208766322952972/?d=n


https://www.facebook.com/1803233333275175/posts/2915561808708983/?d=n


https://www.facebook.com/1759556614/posts/10208729692397231/?d=n

LAKUKAN 5 PERKARA SEBELUM DATANG 5 PERKARA

  LAKUKAN 5 PERKARA SEBELUM  DATANG 5 PERKARA  Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْل...