MENU

Friday, June 30, 2023

NASIHAT EMAS DARIPADA IMAM SYAFIE

  

NASIHAT EMAS DARIPADA IMAM SYAFIE


1. "Bila kau tak mau merasakan lelahnya belajar, maka kau akan menanggung pahitnya kebodohan." (Imam Syafie)


2. "Jangan cintai orang yang tidak mencintai Allah, kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu. " (Imam Syafie)


3. "Barangsiapa yang menginginkan husnul khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia." (Imam Syafie)


4. "Doa ketika tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran." (Imam Syafie)


5. "Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat." (Imam Syafie)


6. "Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu." (Imam Syafie)


7. "Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian sedangkan kain kafannya sedang ditenun." (Imam Syafie)


8. "Jadikan akhirat dihatimu, dunia ditanganmu dan kematian dipelupuk matamu." (Imam Syafie)


9. "Berkatalah sekehendakmu untuk menghina kehormatanku, diamku dari orang hina adalah suatu jawapan. Bukanlah ertinya aku tidak mempunyai jawapan, tetapi tidak pantas bagi singa meladeni anjing." (Imam Syafie)


10. "Amalan yang paling berat diamalkan Ada 3 (tiga). 1. Sedekah ketika yang dimiliki sedikit. 2. Menghindari maksiat saat sunyi tiada siapa-siapa. 3. Menyampaikan kata-kata yang benar di hadapan orang diharap atau ditakuti." (Imam Syafie)


11. "Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kemeralatannya, sehingga orang lain menyangka bahwa dia berkecukupan kerana dia tidak pernah meminta." (Imam Syafie)


12. "Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan amarah, sehingga orang lain mengira bahwa ia merasa reda." (Imam Syafie)


13. "Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kesusahan sehingga orang lain mengira bahawa ia selalu senang." (Imam Syafie)


14. "Apabila engkau memiliki seorang sahabat yang membantumu dalam ketaatan kepda Allah, maka genggam eratlah ia jangan engkau lepaskan. Kerana mendapatkan seorang sahabat yang baik adalah perkara yang sulit, sedangkan melepaskannya adalah perkara yang mudah." (Imam Syafie)


Semoga bermanfaat


Kredit: Raja Teumieng


(y) Video Kuliah Agama

Tuesday, June 20, 2023

IN SHAA ALLAH. JOM KITA *PUASA BULAN ZULHIJJAH 1444H*

  IN SHAA ALLAH.  JOM KITA *PUASA BULAN ZULHIJJAH 1444H*


*PUASA BULAN ZULHIJJAH 1444H*


*🎯Puasa sunat hari Isnin*

30 Zulkaedah / 19 Jun

*🎯SUNNAH PUASA 1-9 ZULHIJJAH* 

1 Zulhijjah (Selasa)  20.06.2023

2 Zulhijjah (Rabu)     21.06.2023

3 Zulhijjah (Khamis) 22.06.2023

4 Zulhijjah (Jumaat) 23.06.2023

5 Zulhijjah (Sabtu)    24.06.2023

6 Zulhijjah (Ahad)     25.06.2023

7 Zulhijjah (Isnin)      26.06.2023

8 Zulhijjah (Selasa)   27.06.2023

9 Zulhijjah (Rabu)      28.06.2023


*HARAM PUASA*

10 Zulhijjah (Khamis) 29.06.2023

11 Zulhijjah (Jumaat) 30.06.2023

12 Zulhijjah (Sabtu)      1.07.2023

13 Zulhijjah (Ahad)       2.07.2023


*Niat puasa sunat Bulan Zulhijjah* 1-7 Zulhijjah 

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ ذِيْ الْحِجَّةِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku berpuasa sunat bulan Zulhijjah kerana Allah Taala."


*Niat Puasa sunat hari Tarwiyah*

8 Zulhijjah 

نَوَيْتُ صَوْمَ تَرْوِيَةَ سُنَّةً لِّلِه تَعَالَى

“Sahaja aku berpuasa Tarwiah, sunat kerana Allah Taala.”


*Niat Puasa sunat hari Arafah*

9 Zulhijjah 

نَوَيْتُ صَوْمَ عَرَفَةَ سُنَّةً لِّلِه تَعَالَى

“Sahaja aku berpuasa Arafah, sunat kerana Allah Ta'ala.”


*🎯Puasa Sunat Zulhijjah*

1-7 Zulhijjah (Selasa) 20.06.2023 - (Isnin) 26.06.2023


*🎯PUASA SUNAT HARI TARWIYAH*

8 Zulhijjah (Selasa)    27/06/23


*🎯PUASA SUNAT HARI 'ARAFAH*

9 Zulhijjah (Rabu)      28/06/23


*HARI RAYA AIDIL ADHA*

10 Zulhijjah (Khamis) 29/06/23


*HARI TASYRIQ*

30/06/23 - 2/07/23

*Dilarang berpuasa di ketiga hari tersebut.*


*🎯Puasa Sunat Ayyamul Bidh Zulhijjah*

14 Zulhijjah / 3 Jul Isnin 

15 Zulhijjah / 4 Jul Selasa 

16 Zulhijjah / 5 Jul Rabu

*🎯 Puasa sunat hari Khamis*

17 Zulhijjah / 6 Jul Khamis 


 📌Bermula 19 hingga 28 Jun 2023, disunatkan berpuasa & perbanyakkan amal soleh kerana pahala dilipat gandakan oleh Allah S.W.T.

Saturday, June 17, 2023

"Apa sangat bebanan tugas guru tu? Padahal kerja kejap je pun. Balik tido. Gaji tinggi. Patut potong gaji, bla...bla...bla..." - Nurtizen -

 "Apa sangat bebanan tugas guru tu? Padahal kerja kejap je pun. Balik tido. Gaji tinggi. Patut potong gaji, bla...bla...bla..." - Nurtizen -


Okey, antara list sebahagian tugas guru ya. Nah baca :


1 E-Operasi 

2 E-Pangkat 

3 E-Prestasi 

4 HRMIS 

5 SPLG 

6 E-Tukar 

7 E-Profil 

8 SPPBS 

9 Psikometrik 

10 E-SPTS 

11 APDM 

12 SPS 

13 SAPS 

14 SARANA IBU BAPA 

15 Guru Penyayang 

16 Mentor Mentee 

17 Minda Sihat 

18 L4 

19 Konsep Kendiri 

20 DWEN 

21 BOBA 

22 e-Nilam 

23 zoom A 

24 EMIS 

25 SSDM 

26 SSQS 

27 Program Bantu Baca

28 e-kehadiran 

29 IQ-PSS 

30 PROTIM 

31 1M1S 

32 Hari Terbuka 

33 E-mateks for spbt 

34 E-bulk for spbt 

35 Ujian komptensi ICT 

36 SISTEM SKPK PRASEKOLAH 

37 penandaan buku latihan, bla 

38 gubal soalan ujian 

39 penghasilan abm 

40 persediaan buku rekod mengajar 

41 penetapan etr / kpi setiap subjek 

42 aktiviti persatuan 

43 aktiviti sukan 

44 aktiviti koakedemik 

45 kajian tindakan 

46 spsk (johor) 

47 keceriaan kelas 

48 latihan kebakaran dan kecemasan 

49 kem motivasi 

50 kemaskini fail kurikulum 

51 program susu sekolah 

52 program pemulihan pengayaan 

53 peka/pafa 

54 pelaporan guru bertugas harian 

55 program sekolah selamat 

56 pelaporan kantin 

57 persiapan padang dan balapan 

58 program akses kendiri 

59 program pecutan akhir 

60 kelas tambahan cuti sekolah 

61 projek hikmah 

62 galeria sekolah 

63 pengurusan stok dan rekod 

64 pengurusan panitia 

65 Persiapan Hari Kantin / Hari Karnival

66 Pentaksiran berterusan dari awal hingga akhir tahun

67 Urus aduan murid

68 Urus aduan ibubapa

69 Basuh kencing berak murid

70 Rawat murid luka

71 Siasat siapa curi duit Anis

72 Tidak termasuk tuntutan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa seperti kurss, taklimat, bengkel, seminar, kolokium, simposium, dll


Fuh, penat listkan. Banyak lagi tertinggal tu. Cukup la dulu tahu takat tu.


Sekarang faham dah kan kenapa cikgu-cikgu masih hadap laptop walau dah jam 2-3 pagi? Kerja mereka bukan hanya mengajar dalam kelas, tu jap je. Tugas sampingan ini yang lebih banyak sebenarnya.


Now you know.

Copy paste 

- Cikgu Sekolah Rendah -

IBADAH KORBAN. JOM ULANGKAJI. TERIMA KASIH KEPADA USTAZAH WARDAH IBRAHIM YANG SUDI SHARE BAHAN .🥰🥰🥰

































 

ASAS MENGEJA JAWI. JOM KITA ULANGKAJI 😍😍😍

 Asas mengeja jawi.Sesuai untuk murid-murid yang lemah jawi.Saya ambil bahan dari facebook. Semoga bermanfaat kepada sesiapa yang memerlukan.  In shaa Allah. 

Kredit:FB BBM Jawiku





























LAKUKAN 5 PERKARA SEBELUM DATANG 5 PERKARA

  LAKUKAN 5 PERKARA SEBELUM  DATANG 5 PERKARA  Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْل...