MENU

Tuesday, April 27, 2021

PDPR

 KPM mengumumkan PDPR untuk sekolah seluruh negara selepas cuti idulfitri.  Ramai yang bukan guru melihat ianya sambungan cuti untuk guru.  Ia satu pandangan salah. 


PDPR buka cuti,  tetapi PDPR  ialah pengajaran dalam talian.  Kalau ditanya kepada kebanyakan guru.. Mereka lebih selesa pengajaran secara bersemuka.  Ia lebih praktikal dan mudah berbanding PDPR.  


Ada yang tidak mengetahui kesungguhan guru yang berakhir kekecewaan dalam PDPR.   Mereka yang tidak mahir terpaksa korbankan beberapa jam persediaan.  Ada rakan guru yang mengadu hanya dapat siapkan di awal subuh kerana kekangan waktu.  Namun usaha yang bersungguh itu terbalas dengan hanya beberapa orang murid yang menyertainya.  


Apakah guru menyalahkan ibu bapa?  Tidak.. Kerana guru juga ada pengalaman kerana mereka juga ibu bapa.  Mereka tahu tentang kekangan gajet dan ibu bapa yang bekerja.  Guru akan melayan murid walaupun semua kerja itu hanya dihantar di hujung minggu.  


Apakah guru marah kerajaan?  Tidak..  Guru tahu kerajaan terpaksa menjaga keselamatan rakyat terutama murid murid.  Kerajaan tahu risiko besar yang menanti murid dan guru dalam gelombang keempat ini.  Kerajaan tahu betapa sukarnya guru mengatur dan mendisiplinkan murid dalam kawasan sekolah yang sangat ramai. 


Ramai yang tidak sedar guru guru dan murid adalah subjek paling berisiko.  Kalau petugas kesihatan,  mereka sememangnya bersedia dengan segala persiapan kerana mereka sentiasa terdedah dengan risiko.  Mereka tahu yang datang itu sememangnya ada masalah kesihatan. 


Bagi guru,  anak murid datang dari pelbagai peringkat.  Mereka terdedah kepada berbagai kemungkinan.  Bayangkan dalam sekolah yang ada 500 murid datang dari 1000 ibu bapa dan mungkin 4000 adik beradik ( 4 org adik beradik)  yang datang dari pelbagai tempat SETIAP HARI. ini risiko guru yang berhadapan murid mereka yang sebahagiannya terlalu sukar menjaga SOP dalam tempoh yang lama kira kira 6 hingga 7 jam.  


Sebenarnya.. Setiap keputusan kerajaan mengambil kira semua keadaan ini.  Ia bertujuan menjaga rakyat pelbagai peringkat apatah lagi selepas cuti raya yang sangat berisiko.. 


Kesimpulannya...  Tiada istilah cuti bagi guru ketika PDPR . Sekolah di buka guru terdedah kepada risiko.. PDPR guru terdedah kepada keciciran murid yang terpaksa mereka baiki semula selepas berakhirnya PDPR..

Saturday, April 24, 2021

😀 Puasa dan Pemakanan

😀 Puasa dan Pemakanan 


Mengambil makanan yang halal dan baik adalah dituntut. Pengambilan makanan yang halal dan baik menjadi penyebab ibadat diterima. Lebih lagi ketika mengerjakan ibadat di bulan Ramadan ketika bersahur juga berbuka Allah berfirman:


يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ


Maksudnya: Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Mukminun: 51)


Ibn Rajab al-Hanbali berkata: “Dikehendaki dengan ayat ini bahawa para Rasul dan umat mereka diperintahkan untuk memilih makanan yang baik yang halal dan beramal dengan amalan soleh. Hal ini kerana, apabila makanan itu halal maka sudah tentu amalan soleh akan diterima oleh Allah.”


Bagi orang yang berpuasa, kita hendaklah mengamalkan pemakanan yang baik, halal dan sihat ketika sahur juga berbuka. 


Mengambil makanan pada waktu sahur perlu seimbang dan mencukupi dari segi kalori iaitu dalam 500 kcal. 


Amalkan pinggan sihat suku-suku-separuh. 


Ketika sahur, perlu mengambil sumber karbohidrat kerana ia membekalkan tenaga yang lebih lama seperti nasi, pasta, roti, oats, keledek atau kentang. 


Protein secukupnya seperti sepotong ayam  daging atau telur atau kekacang. Sayur-sayuran dan buah-buahan. 


Ambil juga kurma dalam 3 biji sebagai sumber karbohidrat kompleks sebagai punca tenaga semasa berpuasa. 


Formula yang sama juga pada waktu berbuka. Setelah tarawih, boleh makan kudapan sihat seperti buah-buahan dan air kosong. Hal ini akan menjadikan jumlah kalori sehari semasa berpuasa dalam 1300kcal. Jumlah ini adalah mencukupi. 


Air yang diperlukan dalam sehari adalah dalam 2000ml. Jadi boleh di susun pengambilannya di bulan Ramadan. Contohnya 2 gelas semasa berbuka, 1 gelas selepas solat isya, 2 gelas [di minum berdikit2] semasa tarawih, dan 1 gelas sebelum tidur. Air perlu diambil dalam 2 gelas (500ml) semasa sahur dan tidak terlalu banyak kerana badan akan mengeluarkannya kembali dan menyebabkan dehydration. Jumlah kesemuanya 8 gelas atau 2000 ml. 


Semoga pemakanan yang baik dan tidak berlebihan di bulan Ramadan menjadi amalan dalam kehidupan kita.


Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian

ADAB BELAJAR DALAM TALIAN @ PDPR







 

Monday, April 19, 2021

Bersahurlah walaupun dengan seteguk air atau sebiji kurma

  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ


Renungan Hadith Pilihan:

*Bersahur Membezakan Puasa Muslim* 


عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ


Daripada Amru Ibnu Al-Ash RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:  "Perbezaan antara puasa kita dengan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur." (HR Muslim No: 1836) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Ibadah puasa yang diwajibkan ke atas umat Islam sama juga dengan ibadat puasa yang telah pun diwajibkan kepada ahli kitab (yahudi dan nasrani). Tetapi terdapat beberapa perbezaan di antaranya ialah :


a.  Umat Islam diwajibkan berpuasa setahun sekali iaitu pada bulan Ramadhan.

b.  Disunatkan bagi orang Islam yang hendak berpuasa makan sahur sebelum masuk waktu subuh.


2.  Ibadat puasa kita perlu berbeza dengan ibadat puasa ahli kitab iaitu dengan kita makan sahur sebelum fajar.


3.  Bersahurlah walaupun dengan seteguk air atau sebiji kurma.


4.  Umat Islam yang berpuasa dengan niat ikhlas kerana Allah akan mendapat ganjaran pahala yang melimpah-limpah di akhirat dan beroleh berbagai-bagai pertolongan di dunia lagi.


Bagi yang berpuasa sebaiknya bersahurlah sebagai mencontohi amalan Rasulullah SAW dalam ibadat puasa dan ia membezakan ibadat puasa orang Islam dengan puasa ahli kitab.

Saturday, April 17, 2021

JAUHI 3 LARANGAN

 Jauhi Tiga Larangan 


Sebagai mukmin, menjadi kewajipan untuk kita memiliki akhlak dan adab terpuji. Dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, kita perlu memiliki akhlak dalam mewujudkan suasana kehidupan yang harmoni dan sejahtera.  Al-Quran mengingatkan agar mukmin tidak memiliki sifat keji dalam hidup bermasyarakat, antaranya:


Pertama: Jangan Saling Mencela


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِّن قَوْمٍ عَسَى أَن يَكُونُوا خَيْراً مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَى أَن يَكُنَّ خَيْراً مِّنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ


“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki mencela kumpulan yang lain, boleh jadi yang dicela itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan mencela kumpulan lainnya, boleh jadi yang dicela itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim “ (QS. Al Hujuraat :11)


Kedua: Jangan Mudah Tabur Cerita


إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ


Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). Surah An-Nur, ayat 19:

 

Ketiga: Jangan Mudah Percaya


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ


Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. Surah Al-Hujuraat, ayat 6:


JOM sama-sama muhasabah diri.

KEDAI2/ WARUNG2 MAKAN VIRAL DI KUALA TERENGGANU- BOLEH TRY GI MAKAN HOK DOK TRY LAGI😊

   

KEDAI2/ WARUNG2 MAKAN VIRAL - BOLEH TRY GI MAKAN HOK DOK TRY LAGI😊


1.Warung Nasi Dagang Simpang 4 Banggol Mempelam,Serada,K.Trg.


2.Roti canai Mok Cun , Kepong, K.Trg.


3.Keropok Lekor Sungai Rengas, K.Trg.


4.Nasi Dagang Warisan Mok Mek Gemok, Pengadang Baru, K.Trg.


5.Keropok Tawakal, Pengadang Baru, K.Trg.


6.D'Dapur KLJ, Pengadang Baru, K.Trg.(Ikan singgang, ikan baung tempoyok, Nasi ulam budu, ikan bakar dll.)


7.Nasi Dagang Legend dpn sek. Bkt. Tunggal


8.Roti paung Legend dkt klinik bkt. Tunggal


9.ICT @Ikan Celup Tepung Teluk Ketapang, K.Trg.


10. D' Coconut Cafe Teluk Ketapang, K.Trg.


11. ICT Haji Pok Long Seafood,Teluk Ketapang, K.Trg.


12. Warung Pok Nong, Telipot, K.Trg.


12.Warung Adik Beradik Sri Kolam Seafood,Telipot, K.Trg.








































 

Bagi hok suka pergi pasor malam kene simpan senarai ning..


Pasar malam sekitar Kuala Terengganu dan setengoh² tempat di Trg .


Jumaat : 

- Pasor Malam Pantai Teluk Ketapang (Blkg Kem Askor)

- Pasor Malam Pulau Duyong

- Pasor Malam KT Night Walk

- Pasor Malam Shahbandor

- Pasor Malam Kg Laut

- Pasor Malam Wakaf Mesira

- Pasor Malam Simpang 3 Pasir Tinggi (kecik je)

- Pasor Malam Telaga Papan

- Pasor Malam Telemong

- Pasor Malam Kuala Berang

- Pasor Malam Maarang Nuu


Sabtu :

- Pasor Malam Giant Bando

- Pasor Malam Kg Teluk Ketapang

- Pasor Malam Pagar Besi Batu Rakit

- Pasor Malam Gong Tok Nasek

- Pasor Malam Wakaf Tapai

- Pasor Malam Paka


Ahad :

- Pasor Malam Wakaf Tengah Batu Rakit

- Pasor Malam Permint Jaya Chendering

- Pasor Malam Bukit Payong

- Pasor Malam Batu 6

- Pasor Malam Merang


Isnin : 

- Pasor Malam Manir

- Pasor Malam Kedai Buloh

- Pasor Malam Wakaf Tembesu (dekat Masjid)

- Pasor Malam Banggol Peradong

- Pasor Malam Kg Rawai Bukit Payong (kecik je)

- Pasor Malam Durian Mas AMBS


Selasa : 

- Pasor Malam Gong Badak

- Pasor Malam Pengadang Baru

- Pasor Malam Cabang 3

- Pasor Malam Bukit Guntong 

- Pasor Malam Kuala Berang


Rabu :

- Pasor Malam Wakaf Tengah Batu Rakit

- Pasor Malam Serdang Baru

- Pasor Malam Kg Baru Seberang Takir

- Pasor Malam Tok Adis

- Pasor Malam Wakaf Dua Bukit Payong

- Pasor Malam Kebor Air Manir

- Pasor Malam Paka


Khamis :

- Pasor Malam Pok Tuyu

- Pasor Malam Kebor Besor Manir

- Pasor Malam Batu Hampor Manir

- Pasor Malam Pasir Panjang

- Pasor Malam Jln Seri Budiman

- Pasor Malam Taman Safiah Murni

- Pasor Malam Sura Gate Dungun


Jom sapok peniaga Pasor malam...








LAKUKAN 5 PERKARA SEBELUM DATANG 5 PERKARA

  LAKUKAN 5 PERKARA SEBELUM  DATANG 5 PERKARA  Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْل...