KPM mengumumkan PDPR untuk sekolah seluruh negara selepas cuti idulfitri. Ramai yang bukan guru melihat ianya sambungan cuti untuk guru. Ia satu pandangan salah.
PDPR buka cuti, tetapi PDPR ialah pengajaran dalam talian. Kalau ditanya kepada kebanyakan guru.. Mereka lebih selesa pengajaran secara bersemuka. Ia lebih praktikal dan mudah berbanding PDPR.
Ada yang tidak mengetahui kesungguhan guru yang berakhir kekecewaan dalam PDPR. Mereka yang tidak mahir terpaksa korbankan beberapa jam persediaan. Ada rakan guru yang mengadu hanya dapat siapkan di awal subuh kerana kekangan waktu. Namun usaha yang bersungguh itu terbalas dengan hanya beberapa orang murid yang menyertainya.
Apakah guru menyalahkan ibu bapa? Tidak.. Kerana guru juga ada pengalaman kerana mereka juga ibu bapa. Mereka tahu tentang kekangan gajet dan ibu bapa yang bekerja. Guru akan melayan murid walaupun semua kerja itu hanya dihantar di hujung minggu.
Apakah guru marah kerajaan? Tidak.. Guru tahu kerajaan terpaksa menjaga keselamatan rakyat terutama murid murid. Kerajaan tahu risiko besar yang menanti murid dan guru dalam gelombang keempat ini. Kerajaan tahu betapa sukarnya guru mengatur dan mendisiplinkan murid dalam kawasan sekolah yang sangat ramai.
Ramai yang tidak sedar guru guru dan murid adalah subjek paling berisiko. Kalau petugas kesihatan, mereka sememangnya bersedia dengan segala persiapan kerana mereka sentiasa terdedah dengan risiko. Mereka tahu yang datang itu sememangnya ada masalah kesihatan.
Bagi guru, anak murid datang dari pelbagai peringkat. Mereka terdedah kepada berbagai kemungkinan. Bayangkan dalam sekolah yang ada 500 murid datang dari 1000 ibu bapa dan mungkin 4000 adik beradik ( 4 org adik beradik) yang datang dari pelbagai tempat SETIAP HARI. ini risiko guru yang berhadapan murid mereka yang sebahagiannya terlalu sukar menjaga SOP dalam tempoh yang lama kira kira 6 hingga 7 jam.
Sebenarnya.. Setiap keputusan kerajaan mengambil kira semua keadaan ini. Ia bertujuan menjaga rakyat pelbagai peringkat apatah lagi selepas cuti raya yang sangat berisiko..
Kesimpulannya... Tiada istilah cuti bagi guru ketika PDPR . Sekolah di buka guru terdedah kepada risiko.. PDPR guru terdedah kepada keciciran murid yang terpaksa mereka baiki semula selepas berakhirnya PDPR..
No comments:
Post a Comment