MENU

LOKASI NABI SULAIMAN MENINGGAL DUNIA SEMASA MENGAWASI PARA PEKERJANYA.

 



 Lokasi Nabi Sulaiman Meninggal Dunia Semasa Mengawasi Para Pekerjanya.👑



.

.

Nabi Sulaiman (عليه السلام) memerintah selama 30 tahun dan kerja-kerja yang diarahkannya sebahagian besar dilakukan oleh jin. 


Ini adalah hukuman atas dosa mereka kerana membuat orang percaya bahawa mereka berkuasa, mengetahui perkara yang ghaib, dan boleh meramalkan masa depan. 


Sebagai seorang nabi, Sulaiman (عليه السلام) mempunyai kewajipan untuk menghapuskan kepercayaan palsu tersebut daripada mereka.


Bangunan di dalam foto ini terletak di hujung belakang perkarangan Masjid Al-Aqsa. Ia dipercayai tempat Nabi Sulaiman meninggal dunia. 


Pada masa itu Nabi Sulaiman sedang duduk sambil memegang tongkatnya mengawasi jin-jin bekerja. Ketika inilah baginda wafat dalam posisi duduk. 


Untuk tempoh yang sangat lama, tiada siapa yang menyedari kewafatan baginda kerana baginda kelihatan sedang duduk tegak. 


Jin-jin meneruskan kerja-kerja mereka kerana menyangka raja (Nabi Sulaiman) sedang mengawasi mereka. 


Hari-hari berlalu dan kewafatan raja hanya diketahui selepas setahun apabila tongkatnya dimakan anai-anai lalu Nabi Sulaiman rebah ke tanah. Tongkat Nabi Sulaiman diperbuat daripada kayu manis.


Disebabkan jin-jin tidak tahu perkara yang ghaib (kewafatan Nabi Sulaiman) jadi mereka terus bekerja mendirikan mahligai seperti yang diarahkan. 


Bangunan tempat Nabi Sulaiman meninggal dunia ini kini berfungsi sebagai institut Hadis untuk pelajar perempuan.


(Penjelasan tentang kisah Sulaiman (عليه السلام) diadaptasi daripada tafsir al-Quran oleh ulama Islam, Ibn Kathir).


"Setelah Sulaiman Kami wafatkan, maka tiadalah yang menunjukkan kematiannya melainkan binatang bumi (anai-anai) yang memakan tongkatnya. Setelah dia telengkup, baharulah jelas bagi jin-jin bahawa jika mereka mengetahui benda yang ghaib tentu mereka tidak akan tinggal dalam seksaan yang menghinakan itu" - Surah As-Saba (ayat 14).


Rujukan:

Fb "Tanyalah Ustaz".



No comments:

Post a Comment

SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4