Friday, April 9, 2021

••Jangan Meremehkan Aktiviti Menyalin•• (Nasihat Kepada Semua Murid)

 


••Jangan Meremehkan Aktiviti Menyalin••

(Nasihat Kepada Semua Murid)


1.JANGAN pandang rendah aktiviti menyalin. Aktiviti menyalin menjadi aktiviti menulis yang paling mudah dan paling asas.


2.Aktiviti ini melibatkan perbuatan menyalin dari tulisan guru di papan putih ke buku tulis milik anda,menyalin dari buku teks atau sumber lain ke buku nota milik anda.


3.Ramai  yang menyangka aktiviti menyalin hanya sesuai untuk murid-murid tertentu.Murid-murid yang pandai kononnya tidak sesuai untuk menyalin.Pendapat seperti itu salah, sayang!


4 Aktiviti menyalin yang dilihat mudah sebenarnya menjadi aktiviti MENULIS yang paling besar manfaatnya kepada setiap murid.


5.Aktiviti menyalin bukan sahaja menjadi kaedah memindahkan ilmu yang asalnya milik orang lain menjadi milik kita.


6.Aktiviti menyalin apabila kerap dilakukan menjadi satu latihan melatih jari jemari tangan untuk membentuk kebiasaan menulis.


7.Lebih kerap aktiviti menyalin ini dilakukan akhirnya akan membentuk kelaziman dan akhirnya timbul rasa seronok untuk menulis.


8.Sebaliknya, jika anda tidak membiasakan diri untuk menyalin,atau tidak memaksakan diri untuk menyalin anda akan terperangkap dalam perasaan jemu, malas dan bosan untuk menyalin.


9.Dalam maksud yang lebih luas, anda akhirnya akan rasa malas untuk MENULIS.


10.Kebiasaan MENULIS sepatutnya terbentuk lebih awal dalam kalangan murid.Sangat buruk kesannya jika sampai Tingkatan 4 murid kita masih bermalas-malas untuk menulis.


11.Lebih buruk lagi jika kerja menyalin sebagai aktiviti menulis yang paling mudah dan paling asas pun tidak dibuat bersungguh-sungguh atau cuba dihindari.


12.Begitu juga sikap menghantar kertas jawapan kosong atau hanya menyalin sebahagian dan sebahagian lain dibiarkan, menjadi tabiat yang tidak baik dan kesannya begitu buruk kepada hasil peperiksaan nanti.


13.Bukankah peperiksaan itu melibatkan aktiviti menulis.Aktiviti yang menjadi fokus anda semasa peperiksaan adalah menulis.Anda menulis jawapan anda di atas kertas jawapan.


14.Jawapan anda yang dizahirkan dalam bentuk tulisan itulah yang diperiksa dan menjadi jaminan sama ada anda akan mendapat markah yang baik atau sebaliknya.


15.Sebelum anda berjaya menulis dalam peperiksaan, anda terlebih dahulu kena menulis nota, menulis karangan, menulis ayat dan menulis jawapan untuk soalan latihan yang diberi oleh guru.


16.Sebelum semua itu berlaku, anda tidak ada pilihan lain selain membiasakan diri untuk menyalin, ya MENYALIN nota yang diberi oleh guru sebab itu aktiviti menulis yang paling asas.Mulakan sekarang!


Copypaste 

Oleh Abd Bashid Bin Harun

Pengetua Cemerlang


MARHABAN YA RAMADAN. ALHAMDULILLAH 😊😊😊


 

MARHABAN YAA RAMADHAN

 

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

🎶 RAMADHAN TIBA, RAMADHAN

          TIBA, MARHABAN YAAAA 

                    RAMADHAN🎶

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨


7 CARA DIDIK ANAK BERPUASA









 

Wednesday, April 7, 2021

REZEKI TAK CUKUP?

 Rezeki tak cukup?


Seorang lelaki berjumpa Imam Syafie mengadu gajinya 5 dirham tidak cukup untuk keluarganya.


Apa jawapan Imam?


Adakah dicadangkan agar kerja lebih masa? atau buat bisnes online? atau bawa grab? atau tukar kerja lain?


Semuanya bukan.


Imam mencadangkan agar lelaki tersebut jumpa majikannya, minta kurangkan gajinya kepada 4 dirham. Lelaki tersebut akur.


Setelah menerima gaji 4 dirham, kehidupannya masih sama. Gajinya masih tidak cukup. Dia berjumpa Imam lagi memaklumkan keadaannya.


Imam mencadangkan perkara yang sama. Jumpa majikan minta kurangkan gaji kepada 3 dirham. Dia akur.


Setelah menerima gaji 3 dirham rezekinya cukup dan kehidupannya bertambah tenang. Dia berjumpa Imam lagi untuk bertanya kemusykilannya.

 


Mengapa gaji lebih kecil jadi cukup pulak? Jawab Imam:Sebenarnya kerja yang kamu lakukan hanya layak menerima gaji 3 dirham sahaja. Kamu dapat lebih daripada usaha kamu. Itu yang jadi tidak berkat. Ada hak orang lain di dalamnya.


Lelaki tersebut berpuas hati dengan penjelasan Imam.


Semoga Allah memberkati rezeki kita

APDM OH APDM. SABAR YER CIKGU.


 

Sunday, April 4, 2021

Jom Tinggalkan Sesuatu Yang Tidak Bermanfaat

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ


Renungan Hadith Pilihan:

*Tinggalkan Sesuatu Yang Tidak Bermanfaat*


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ


Daripada Abu Hurairah RA dia berkata : Rasulullah  SAW bersabda : Merupakan tanda baiknya Islam seseorang, dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya (Sunan Tirmidzi No: 2239 )  Status: Hadis Sahih


Pengajaran


1.  Termasuk sifat orang Muslim adalah dia menyibukkan dirinya dengan perkara-perkara yang mulia dan bermanfaat untuk diri, keluarga, masyarakat dan Negara.


2.  Termasuk sifat seorang Muslim adalah menjauhkan diri dari perkara yang tidak bermanfaat baginya, perbuatan yang sia-sia, serta dosa dan maksiat.


3.  Menyibukkkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat adalah sia-sia dan merupakan tanda kelemahan iman contohnya banyak tidur, asyik dengan bermain game serta menonton video hiburan.


4.  Anjuran untuk memanfaatkan waktu dengan sesuatu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat.  Kerana waktu yang berlalu tidak akan kembali. Gunakan waktu seperti membaca al-Quran, membaca bahan bermanfaat, menulis bagi menghasilkan artikel yang boleh dikongsikan, mengajar anak-anak di rumah dan sebagainya.


5.  Jadilah orang bermanfaat kepada orang lain. Hadis Rasulullah SAW


خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ


Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain. (HR Ibn Hibban  No:  2/48)


6.  Gunakan kesempatan di waktu PKP dan PKPB ini bermanfaat walaupun tidak boleh merentas negeri. Contohi Pak Hamka ketika dipenjara beliau berjaya menghasilkan Tafsir al-Azhar. Syed Qutb ketika dipenjara mampu menghasilkan Tafsir fi Zilal. Mari kita hasilkan sesuatu yang bermanfaat sepanjang fasa PKP ini.


Jom tinggalkan sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat pada kita, keluarga, masyarakat, agama dan negara. 


Negara Rahmah Ummah Sejahtera..

Friday, April 2, 2021

PAHALA MEMBERI MAKAN ORANG BERBUKA PUASA?

 Tahukah anda memberi makan orang berbuka puasa akan dapat pahala seperti berpuasa juga?


Sebagaimana Hadis Nabi : “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” 

DOMAIN OBJEKTIF KOGNITIF