Esok, 26 Dis 2019
Solat sunat gerhana
Sunat Muakkad ( مـؤكـدة)
CARA-CARA SOLAT
Dua rakaat seperti solat sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang
masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat
ditunaikan secara berjemaah di sama ada di Masjid atau Surau dan boleh juga secara bersendirian.
CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.
Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.
Cara Kedua : Disebut dengan “ الكمال أدنى “ iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.
Bagi di Malaysia, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas
takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).
Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud
kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang
kedua.
Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua
akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua
qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan
kadar bacaan 100 kali, dalam ruku’ yang kedua 80 kali, ruku’ ketiga
70 kali dan ruku’ yang keempat 50 kali.
Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana
sehinggalah selesai.
Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa
dilakukan solat berjemaah.
ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
" الص ـلة جامـعة "
"al-Solat Jamiah"
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.
(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan:
أُصَلِّيْ سُنَّةَ لِخُسُوْفِ الْقَمَرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Ushallii Sunnatal Khusuufil-Qomari Rak’ataini Lillahi Ta’alaa
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari:
أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ushallii Sunnatal Kusuufis-Syamsi Rak’ataini Lillahi Ta’alaa
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah
MENU
- HOME
- CARA RINGKAS PENGISIAN ID.me (DATA )
- CARA PRINT SLIP PBD
- DSKP P.ISLAM THN 1-6
- CTH RPT P.ISLAM SEKOLAH RENDAH THN 1 - 6
- KOLEKSI SOALAN KUIZ -P.ISLAM THN 4 /2021
- KOLEKSI SOALAN KUIZ -P.ISLAM THN 5 /2021
- KOLEKSI SOALAN KUIZ -P.ISLAM THN 6 2024 & 2021
- NOTA P.ISLAM THN 4
- NOTA P.ISLAM THN 6
- NOTA P.ISLAM THN 5
- PENILAIAN CELIK DIGITAL PENJAWAT AWAM
- NAK BERCUTI KE TRG? INI INFO HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA, K.TRG.
- KUIZ TEKA SILANGKATA P.ISLAM TAHUN 4.
- TEKA SILANGKATA JAWI TAHUN 5
- TEKA SILANGKATA JAWI THN 6
- LCD OH LCD
- KEM BESTARI SOLAT
- MAJLIS PERSARAAN PN.HAJAH NOREDAH
- SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1445H/2023
- BERBAIK SANGKA KEPADA ALLAH.
- INFO BERKAITAN SURAT PEKELILING, DSKP PENDIDIKAN. ISLAM & B. ARAB SERTA BAHAN BERKAITAN PENDIDIKAN. ISLAM & B. ARAB YANG DIKELUARKAN OLEH BPI, KPM
- LOKASI NABI SULAIMAN MENINGGAL DUNIA SEMASA MENGAWASI PARA PEKERJANYA.
- KALENDAR AKADEMIK SESI 2024/2025
- CARA ELAK AKAUN TELEGRAM DARI DI HACK OLEH SCAMMER .DAN SUPAYA ORANG TAK DIKENALI TIDAK ADD KITA KE DALAM TELEGRAM GROUP ATAU CHANNEL
- CARA ELAK AKAUN TELEGRAM DARI DI HACK OLEH SCAMMER .DAN SUPAYA ORANG TAK DIKENALI TIDAK ADD KITA KE DALAM TELEGRAM GROUP ATAU CHANNEL
- ALHAMDULILLAH, INDAHNYA ALAM BUKTI KEBESARAN DAN KEHEBATAN ALLAH YANG MAHA PENCIPTA.
- PLANNER CIKGU 2024/2025
- CUTI UMUM 2024
- TAKWIM MINGGU PERSEKOLAHAN 2024/25
- DOA UNTUK ANAK2 UPKK
- AI UNTUK RAKYAT.
- ISRAK MIKRAJ
- JLN2 KE K.TRG
- BERSAINGLAH UNTUK AKHIRAT
- SALAM NISFU SYAABAN
- e-FILING CUKAI PENDAPATAN
- DOA UNTUK HAPUSKAN NAMA KITA, NAMA PASANGAN KITA, NAMA ANAK, NAMA KEDUA ORANG TUA KITA YANG SUDAH TERCANTUM DI NERAKA
- LAKUKAN 5 PERKARA SEBELUM DATANG 5 PERKARA
- 25 MEI- 2 JUN 2024: CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL 1
- TERIMA KASIH SEMUA : 16 MEI 2024
- RUKUN SOLAT?
- PROGRAM SIMULASI HAJI CILIK
- BACKGROUND FOTO
- TAJWID TAHUN 6- MAD IWAD- MAD ARID LISSUKUN- MAD LIN
- 10 FUNGSI GOOGLE APPS
- LATIHAN RUMIKAN TULISAN JAWI TAHUN 4
- SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
Wednesday, December 25, 2019
Wednesday, December 4, 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)
SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
POPULAR POST
-
-
-
LINK KUIZ- PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5 ARIF KUIZ 1-(M13)-PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5: ADAB BERIADAH https://forms.gle/j9VKLn5WEScwtvqB9 KUIZ 2 - ...
-
-
-
-
-
-
-
KUIZ 5 (T5)BLOG - PENDIDIKAN ISLAM THN 5- JAWI-KEBUDAYAAN- ETNIK https://forms.gle/2WkJ9LvkJw5aFu4M6 KUIZ 6 (T5)BLOG- PENDIDIKAN ISLAM THN ...