MENU

Wednesday, December 25, 2019

SOLAT SUNAT GERHANA

Esok, 26 Dis 2019

Solat sunat gerhana Sunat Muakkad ( مـؤكـدة) 

CARA-CARA SOLAT
Dua rakaat seperti solat sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di sama ada di Masjid atau Surau dan boleh juga secara bersendirian. 

CARA PELAKSANAANNYA
 Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara : Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.

 Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

 Cara Kedua : Disebut dengan “ الكمال أدنى “ iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu. Bagi di Malaysia, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua. Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 kali, dalam ruku’ yang kedua 80 kali, ruku’ ketiga 70 kali dan ruku’ yang keempat 50 kali. Waktunya Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai. Tempat Solat Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah. ATURAN SOLAT GERHANA 1. Disunatkan mandi sebelum solat. 2. Bilal Menyeru : " الص ـلة جامـعة " "al-Solat Jamiah" 3. Berdiri lurus mengadap kiblat. 4. Berniat mengerjakan solat gerhana. (1) Lafaz niat untuk gerhana bulan: أُصَلِّيْ سُنَّةَ لِخُسُوْفِ الْقَمَرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى Ushallii Sunnatal Khusuufil-Qomari Rak’ataini Lillahi Ta’alaa “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”. (2) Lafaz niat untuk gerhana matahari: أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى Ushallii Sunnatal Kusuufis-Syamsi Rak’ataini Lillahi Ta’alaa “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah

No comments:

Post a Comment

SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4