MENU

Sunday, July 18, 2021

JOM ULANGKAJI BAB ADHIAH ATAU KORBAN 🐪🐂🐃🐐🐑🐏

  


  • JOM ULANGKAJI BAB ADHIAH ATAU KORBAN 🐪🐂🐃🐐🐑🐏

  •  ADHIAH @ KORBAN itu SUNAT MUAKKAD ,
  •  - bagi orang Haji atau orang yang tidak mengerjakan haji.
  • HUKUMNYA TIDAK WAJIB MELAINKAN JIKA DINAZARKAN.

  • WAKTU KORBAN 
  • Mulai dari naik matahari pagi hari Nahar ( sepuluh Zulhijjah)
  • Tetapi yang Afdolnya - ditangguhkan sehingga matahari naik sekadar 7 kaki, dan BERKEKALAN WAKTUNYA hingga jatuh matahari hari 13 Zulhijjah.

  • BINATANG YANG SAH DIBUAT KORBAN
  • 1.Unta
  • 2.Lembu
  • 3.Kerbau
  • 4.Biri-biri
  • 5.Kambing

  • UNTA 
  • Boleh buat korban untuk 7 orang.

  • Demikian juga lembu dan kerbau secara share/kongsi.
  • BOLEH- 1 @ 2 share/kongsi untuk korban dan BAKINYA   5  share/kongsi untuk dimakan atau untuk dijual atau sebagainya.

  • UNTA
  • Disyaratkan berumur 5 tahun masuk ke 6.
  • LEMBU, KERBAU DAN KAMBING
  • Berumur 2 tahun masuk ke 3.

  • BIRI-BIRI
  • Berumur setahun atau sudah bersalin 2 batang gigi hadapan, sekalipun belum cukup umurnya setahun, padahal bersalinnya itu selepas umur 6 bulan ke atas.

  • SYARAT BINATANG ITU 
  • 1.Tiada cacat seperti tiada bertelinga atau ekornya telah terpotong.
  • 2.Tidak gila
  • 3.Tidak kudung
  • 4.Tidak sangat kurus
  • 5.Tidak buta dan sebagainya.

  • DISYARATKAN BERNIAT KORBAN KETIKA MENYEMBELIHNYA
  • Samaada sembelih sendiri atau wakil, dan Niat ketika memberi wakil.

  • HARAM MAKAN KORBAN WAJIB (KORBAN NAZAR)
  • Bahkan hendaklah DISEDEKAHKAN KESEMUANYA.

  • SUNAT MAKAN SEBAHAGIAN
  • Daripada KORBAN SUNAT, manakala yang bakinya disedekahkan mentah-mentah kepada fakir miskin, atau diberi kepada orang kaya sebagai hadiah.

  • BILA TELAH DITERIMA OLEH FAKIR MISKIN
  • Jadilah daging itu HAK MILIKNYA.
  • Dia boleh buat apa dia suka, samaada hendak makan sendiri atau diberi orang atau dijual atau sebagainya.
  • Orang yang punya korban tidak ada hak meletakkan syarat apa2 kepada fakir miskin itu.

  • HARAM DIJUAL KORBAN 
  • Oleh yang empunya korban, samaada dagingnya, atau tulangnya,atau kulitnya atau bulunya, dan HARAM JUGA BENDA-BENDA ITU JADI UPAH KEPADA TUKANG SEMBELIH.

  • TIADA SAH
  • Diperbuatkan korban bagi orang yang hidup MELAINKAN DENGAN IZINNYA,  KECUALI BAPA atau DATUK, HARUS membuatkan korban untuk anak dan cucunya daripada harta BAPA atau DATUK itu sendiri.

  • TIADA SAH
  • Diperbuatkan korban UNTUK ORANG YANG SUDAH MENINGGAL KECUALI DIA ADA BERWASIAT ( BARU SAH DIBUATKAN KORBANNYA).
  • Bila sudah diperbuatkan WAJIB DISEDEKAHKAN KESEMUA SEKALI.
  • ORANG YANG MEMBUATKAN ITU TIADA BOLEH MAKAN BAGI DIRINYA ATAU ORANG- ORANG YANG DI DALAM TANGGUNGANNYA kerana di dalam HUKUM TIDAK DILULUSKAN SESEORANG ITU BERSIFAT MEMBERI DAN DIA JUGA BERSIFAT MENERIMA.

  • SUMBER RUJUKAN BUKU:
  • IDAMAN PENUNTUT PADA MENGHURAIKAN YANG KUSUT ( ILMU FIQH)
  • OLEH HAJI ABDUL GHANI BIN HAJI YAHYA
  • PENGGAL YANG PERTAMA.

No comments:

Post a Comment

JOM ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM- IBADAH THN 6- SOLAT JENAZAH.

JOM ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM- IBADAH THN 6- SOLAT JENAZAH.