MENU

Saturday, August 21, 2021

APABILA ALLAH SAYANG PADA SESEORANG

 


 Rasulullah ﷺ pernah bersabda :


🕒 Akan tiba masanya atas umatku di mana ke khusyu'kan dlm solat mereka akan hilang.

.

🕒 Akan tiba masanya atas umatku banyaknya kematian secara mengejut.

.

🕒 Akan tiba masanya atas umatku banyak terjadinya gempa² bumi.

.

🕒 Akan tiba masanya atas umatku di mana seseorang muslim itu tidak akan mengucapkan salam kecuali kepada orang yang ia kenal sahaja.

.

🕒 Akan tiba masanya atas umatku banyak terjadi pembunuhan sesama sendiri.

.

🕒 Akan tiba masanya atas umatku manusia saling berbangga² dengan perbuatan maksiat mereka.


Para sahabat bertanya " Bilakah itu akan terjadi wahai Rasulullah ?


Rasulullah ﷺ menjawab " Semua itu akan terjadi di akhir zaman, maka apabila hal itu sudah terjadi maka tunggulah saat kedatangan hari kiamat. .. Hampir² semua yg disebut itu sudah berlaku di zaman kita 😭


HARI INI...


💔 Ibu² & bapa² hanya mementingkan makanan yg sedap dan pakaian yg cantik² sahaja terhadap anak² mereka. Namun mereka lupa menanam ajaran agama dan akhlak kepada anak² mereka.

.

💔 Para pekerja tidak ikhlas bekerja dengan alasan gaji yg diberi tidak berpatutan/sedikit. Namun mereka lupa sesungguh nya Allah memberkati rezeki yang halal dan menghilangkan berkah dari rezeki yang haram.

.

💔 Pemuda dan pemudi berjam² menghabiskan waktu mereka jalan² dan berpeleseran di Mall atau di Pasaraya. Namun mereka merasa letih dan berat untuk mengerjakan solat walau hanya dua rakaat.

.

💔 Pemuda dan pemudi asyik mendengar lagu² dengan hati yang girang gembira. Namun jika mendengar firman² Allah, hati mereka menjadi sesak, seolah² mereka hendak naik ke langit sedang mereka tidak tahu bahawa perkara yang halal tidak boleh bercampur dengan perkara yang haram.

.

💔 Kita bersungguh² berusaha sehingga mampu membeli apa yang kita suka, yg enak² dan yang bagus². Murah atau mahal, kita sanggup membayar nya walaupun dengan berapa harga sekalipun, namun ketika kita ingin menderma kedalam tabung masjid, kita akan memilih wang kita yg paling kecil sekali untuk dimasukkan kedalam tabung.


Semoga bermanfaat...


No comments:

Post a Comment

JOM ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM- IBADAH THN 6- SOLAT JENAZAH.

JOM ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM- IBADAH THN 6- SOLAT JENAZAH.