CUP bukan sekadar CUP.
Kena ambil tahu kaedah yang sesuai mengikut situasi semasa, keperluan murid dan kreativiti guru itu sendiri. Bukan ikut-ikut, bukan tiru-tiru. Lain jadinya nanti. Setiap guru tidak sama pemilihan kaedah CUP walaupun dalam satu sekolah yang sama.
Ini merupakan 5 kaedah pilihan boleh digunakan untuk Catch Up Plan (CUP). Tidak semestinya kena pilih semua. Pilih dan guna mengikut kesesuaian.
Jika pilih Pendekatan Modular, kena faham pelaksanaan pendekatan ini merangkumi perkara seperti berpusatkan murid, kesepaduan, secara linear dan secara bukan linear serta fleksibel.
Seseorang guru itu perlu memahami keperluan kurikulum dan situasi semasa, kemudian barulah dapat memikirkan sama ada memilih pendekatan modular secara linear atau pun secara bukan linear.
Pendekatan Terbeza pula lebih mudah dilaksanakan jika guru dapat kenal pasti kemahiran, kemampuan dan kecenderungan murid dalam kelas. Kandungan, proses dan hasil berbeza bagi setiap murid berpandukan pencapaian murid.
Apa pun kaedah yang dipilih, moga dipermudahkan urusan semua cikgu. Ibu bapa/penjaga pun sebaiknya perlu mengetahui kaedah ini bagi mengelakkan perselisihan faham sekali gus memahami kecenderungan dan tahap penguasaan anak dari semasa ke semasa.
Moga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment