Kenaikan Pangkat Secara Time Based Kecemerlangan (TBBK) DG44
Benda yang ada setiap tahun. Banyak orang dah lalui fasa ni. Untuk kesan proses saya sendiri & kongsi pengalaman, saya abadikan di sini. Kalau ada yang salah atau nak kongsi pengalaman, feel free to comment. Kita sama-sama belajar..
1. SENTIASA ALERT DENGAN TEMPOH PERKHIDMATAN
a) Lantikan PPPS perlu berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun.
b)PPLD pula ada pengiraan tahun berkhidmat yang boleh diguna dalam kenaikan pangkat. Nak guna masa naik DG48 pun boleh.
2. IKLAN KENAIKAN PANGKAT
a. Iklan ni kita semak di website ePangkat. Tak perlu cukup tempoh berkhidmat pun untuk daftar.
b. Iklan dikeluarkan 2 kali setahun untuk lantikan Jan - Jun & Julai - Disember (tak pasti bulan).
3. PERSEDIAAN AWAL
a. PT / Ketua Jabatan akan minta sedia beberapa dokumen:
i. Surat Lantikan SPP
ii. Surat Pengesahan Pelantikan SPP
iii. Surat Penempatan Sekolah
iv. Surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan
b. PT akan upload dokumen ni setelah iklan keluar & dibuka untuk permohonan. Boleh rujuk carta alir untuk tengok tarikh2 penting proses permohonan. Sediakan juga dokumen sampingan:
i. Ijazah / Sijil Akademik
ii. Sijil Kelulusan Ikhtisas ( untuk Twinning Programme, bagi surat dari IPG yang menyatakan ijazah dari univeristi tu setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan)
3. PERMOHONAN
a. ada 2 jenis permohonan; secara online & manual. Online untuk yang tak ada isu seperti Cuti Tanpa Gaji, Cuti Belajar. Boleh rujuk surat keluaran JPA untuk maklumat tepat. Manual untuk yang ada isu-isu tersebut. Saya cerita yang online saja okay...
b. PT & KJ akan upload 3 dokumen penting termasuk Buku Rekod Perkhidmatan (BRP). Yang ni kita tak ada akses, disimpan di PPD. Mereka akan uruskan. Jadi kalau ada pertukaran sekolah, PPD, negeri berkhidmat, semak betul-betul ya. Di BRP ni juga ada nombor rujukan surat, jadi pastikan surat tu sama macam dalam BRP.
c. Ketua Jabatan akan semak & isi maklumat berkaitan seperti markah LNPT untuk 3 tahun terkini. Syaratnya mesti lebih 85% kalau tak silap untuk wajaran ketiga-tiga tahun tersebut.
d. Dah selesai semua, kita log in menggunakan ID e-Pangkat kita untuk semak & pastikan kita lengkapkan maklumat seperti pinjaman pendidikan, tindakan tatatertib & lain-lain.
c. Setelah selesai, kilik Mohon. Kita boleh cetak slip permohonan kita di bahagian TBBK.
d. Jangan sesekali mohon kalau maklumat belum dikemaskini oleh PT & KJ.
4. PROSES
a. Kita ada dapat beberapa borang seperti:
i. Butir-Butir Calon Tapisan Keutuhan (SPRM)
ii. Borang Penilaian Kecemerlangan (KC) 1a untuk gred 41.
iii. Akuan Pilihan bagi Calon Gred DG41/DG42 ke DG44 (ExPPLD)
iv. Surat Pengesahan Markah LNPT Tahun (2020, 2019, 2018)
b. Sediakan juga:
i. Salinan dokumen yang dimuatnaik dalam ePangkat (rujuk siaran KPM: Para 5 - m/s 4-5)
ii. Slip permohonan yang kita cetak masa membuat permohonan di 3(e).
c. Serahkan semuanya lengkap di isi untuk disahkan oleh pihak sekolah sebab dokumen kita akan dikemukakan ke Unit Naik Pangkat JPN masing-masing (sebelum 20 Januari mengikut JPN).
NOTA:
a. ada borang yang kita boleh download saja dari website e-Pangkat.
b. Contoh Borang Penilaian Kecemerlangan (KC) tu banyak ja di internet. Boleh tengok contoh ayat. Kita kena isi sumbangan kita 3 tahun terkini.
c. Rajin-rajin tanya PT & KJ kalau ada kekeliruan.
No comments:
Post a Comment