MENU

Sunday, July 24, 2022

Tips Temuduga Guru PPP DG41 (CoS) Siri 2

 Tips Temuduga Guru PPP DG41 (CoS) Siri 2 


Baru ini kita dah tengok contoh ayat pengenalan diri dalam Bahasa Arab. 


Ada yang kata 1 minit itu sekejap aje. Buat apa prepare panjang panjang ayat. 


Kalau ikut manual yang diberi, 1 minit itu anggaran sahaja. Boleh jadi semakin lama atau semakin pendek. Ianya bergantung kepada panel penemuduga. 


Biasanya untuk pengenalan diri, aspek yang akan sebut 


1. Nama 

2. Umur 

3. Tempat tinggal

4. Sejarah pengajian

5. Kerja terkini


Ini sudah memadai. Namun kami pernah ada pengalaman temuduga yang perlu bercerita tentang pengalaman dalam pencapaian tertinggi di universiti dan juga tentang keluarga. Dan semestinya bercerita dalam Bahasa Arab. 


Terpaku sekejap. 


Baik, kita sambung ke format temuduga bagi komponen kedua iaitu Penyata Hasrat. 


Di sini perlu beritahu mengapa ingin menjadi guru sebagai profesion kerjaya. 


Dan panel akan tanya juga perkara lain yang berkaitan dengan pendidikan. 


Mari lihat gambar nota ringkas temuduga SPP di bawah. Kebanyakan yang berkaitan dengan pendidikan telah diberitahu di sini. 


Nota ini disusun oleh team yang lepas jadi ada beberapa perubahan baru yang boleh kita cari sendiri semula seperti 


1. Senarai VVIP KPM 

2. Senarai ahli SPP


Yang lain masih boleh dibaca. Boleh juga rujuk nota nota terbaru yang latest punya 


Semua nota telah disusun dengan baik, alhamdulillah. Tugas kita hanya perlu baca, faham dan luahkan di temuduga nanti. 


Relax. Banyakkan selawat. Insya-Allah dipermudahkan segalanya..


Wish you all good luck! 



















No comments:

Post a Comment

SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4