MENU

Monday, October 31, 2022

𝗕𝗶𝗹𝗮 𝘂𝘀𝗶𝗮 𝟰𝟬𝗮𝗻-𝟱𝟬𝗮𝗻 𝗻𝗶 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗡𝗗𝗔 𝗸𝗮𝘂 𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗨𝗕𝗔𝗛!


𝗕𝗶𝗹𝗮 𝘂𝘀𝗶𝗮 𝟰𝟬𝗮𝗻-𝟱𝟬𝗮𝗻 𝗻𝗶 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗡𝗗𝗔 𝗸𝗮𝘂 𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗨𝗕𝗔𝗛!

Antaranya :

1⃣ . Bersederhana dlm bekerja, sebab kau kena lebihkan usaha mendekati Allah dan keluarga

2⃣ . Ambik cuti dan tinggalkan hal2 kerja seketika untuk kau lebih mendekati anak2 yang sedang membesar

3⃣ . Berhenti untuk fikir masalah kerja dirumah, rumah adalah masa terbaik kau untuk tenang.

4⃣ . Tak perlu korbankan masa kau untuk orang lain, tapi korbankan masa kau untuk Allah dan keluarga

5⃣ . Jangan teragak-agak berkata TIDAK untuk kerja orang lain yang kau kena buat, kerana diusia ini kau perlu memilih untuk bekerja dengan tenang! 

6⃣ . Tinggalkan manusia2 yg mengambil kesempatan pada kau! Biar kawan tak ramai dari ramai yang toxic.

7⃣ . Jauhi mereka yg hipokrit, terutama yang fake!

8⃣ . Cari kawan yg ikhlas dan lebih mendamaikan, jauhi mereka yang berlagak baik tapi hati busuk.

9⃣ . Jaga kesihatan, kawal pemakanan dan bersenam! Enjoy dgn keluarga! 

🔟 . Berehatlah dari dunia yang sementara, 40an-50an adalah masa mencari ketenagan untuk 60an dan seterusnya yg lebih baik bila bersara.40an Usia terbaik untuk pergi umrah pd yang belum pernah pergi, kerana badan masih sihat.

Sumber : Prof Madya Dr Kamal



 

Sunday, October 30, 2022

THINK POSITIF - HIDUP INSAN TAKKAN LARI DARI UJIAN ALLAH.

 


"Terlalu banyak kejutan untukku tahun ini, terlalu banyak tekanan untukku tahun ini. Namun aku percaya, setiap yang berlaku ada hikmah di sebalikya. Ku serahkan segalanya kepada Allah untuk mentakdirkan hanya yang terbaik untukku di sisi-Nya. Aamiin."


Mungkin kita pernah merasakan ujian Allah itu terlalu berat untuk kita. Namun percayalah, Allah takkan uji kita jika kita tidak layak untuk menerimanya. Terus tenang, berfikiran positif, kuatkan azam dan tekad. Kita manusia di utuskan ke bumi sebagai Khalifah. Kita dicipta untuk beribadah kepadaNya. Hidup di dunia ini hanya sementara, tempat persinggahan untuk mengumpul bekal sebelum kita dijemput kembali kepadaNya. 


Andainya kita seorang guru, jadikan pekerjaan kita , tugasan kita mendidik itu sebagai satu ibadah. Mana tahu ada tangan-tangan anak murid kita nanti yang akan menarik kita ke syurga. InsyaAllah,  aamiin.

ANAK AKAN BERDENDAM BILA KITA..

  

ANAK AKAN BERDENDAM  BILA KITA..

Mak ayah wajib baca artikel ni. Anak kita boleh jadi pendendam pada kita bila :


1. Kita amalkan Neglectful Parenting


- Neglectful ataupun Uninvolved Parenting ni adalah bila kita terlalu lepas tangan dalam mendidik anak anak


- Mungkin kita terlalu sibuk sampai kita abaikan anak anak. Sibuk boleh tapi kena bayar balik defisit emosi dan perhatian anak anak. Kalau tak, anak kita mungkin berakhir menjadi pendendam, haus perhatian dan dahaga kasih sayang


2. Kita abaikan Basic Needs anak


- Dalam Maslow's Hierarchy of Needs keperluan paling diperlukan adalah makanan, minuman, tempat tinggal, tidur dan lain lain


- Kalau yang ni tak setel, maka yang lain pun akan jadi haru biru. Bayangkan kalau ketua keluarga abaikan nafkah anak anak. Habis kucar kacir semuanya pada diri anak


3. Kita menduakan ayah atau ibunya


- Ayah dan ibu kepada anak anak kita adalah simbol kehormatan dan simbol maruah anak anak


- Jika kita menduakan ibu dan ayah kepada anak kita tanpa alasan yang Syarie, ianya seolah olah kita menghancurkan maruah dan kehormatan si anak. Akan berlaku Trust Issues yang sangat teruk jika tidak diselesaikan daripada awal


4. Kita mengamalkan Favoritism


- Favoritism berlaku kita selalu pilih kasih antara anak anak. Tanpa sedar Favoritism ni boleh berlaku bila kita hanya utamakan Eye Contact pada anak yang lebih kecil hingga abaikan kakak dan abangnya ataupun bila kita selalu puji anak tertentu sahaja sehingga anak yang lain terasa diabaikan


- Ingat, Favoritism akan menyuburkan sifat saling dengki mendengki dalam diri adik beradik kalau tak ditangani dari awal!


5. Kita cederakan emosi anak secara keterlaluan


- Mengikut kajian, bahagian otak yang aktif ketika Emotional Pain lebih kurang sama dengan bahagian yang aktif ketika Physical Pain


- Ya, kesakitan yang disebabkan oleh kecederaan emosi kadangkala lebih menyakitkan daripada kesakitan pada tubuh badan dan ianya bertahan lebih lama


- itulah kenapa kalau marah, janganlah keterlaluan. Kalau tengking, jangan sampai melampau dan keterlaluan. Kita tak tahu yang mana akan membekas dan menjadi parut emosi pada diri anak kita yang akan kekal sampai mereka dewasa.


- Itulah pentingnya mak ayah untuk belajar ilmu parenting dan ilmu kawal emosi sentiasa. 


- Kita nak didik anak kita menjadi anak yang berguna bukannya menjadi anak yang berdendam dalam diam kepada kedua orang tuanya


- Taufiq Razif -

Wednesday, October 26, 2022

Siapa Sofizah Hj Mousin, Johan Qariah Tilawah Al Quran Antarabangsa?


 Siapa Sofizah Hj Mousin, Johan Qariah Tilawah Al Quran Antarabangsa?


Wanita berusia 33 tahun ini berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan sekarang bekerja sebagai seorang Guru Geografi di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya, isteri kepada Ahmad Asrol Saidi, seorang ibu kepada 2 orang anak. 


Walaupun beliau mengajar Geografi dan bukannya pendidikan Islam, tetapi kecintaan pada Al Quran ini menebal sejak di usia remaja lagi. 


Semasa sekolah menengah, beliau mula mempelajari taranum Quran dalam kelas kemahiran Al Quran. Keluarganya juga memberi support yang kuat kepada Sofizah untuk terus belajar. 


“ Biasanya saya buat latihan taranum dalam kereta, semasa memandu. Saya memang akan buat latihan suara sendiri setiap hari, ” bagitahu Sofizah Mousin. 


Walaupun kesibukan sebagai seorang guru dan ibu, beliau manfaatkan waktu memandu dengan mengaji. Bayangkanlah setiap kali dalam kenderaan, wanita ini akan alunkan bacaan Al Quran. Anak-anak layan je. 


Selain latihan intensif kendiri di dalam kenderaan, Sofizah juga berguru dengan Ustaz Anwar Ghazali dan Ustaz Yahya Haji Daud. 


Johan dengan markah 89.66 meninggalkan Singapura di tangga kedua dan Indonesia di tangga ketiga. 


Bila ditanya apa tips dalam taranum ni, Sofizah beritahu, “ Cintai Al Quran, sentiasa jadikan Al Quran itu sebagai kitab panduan utama. Percaya bahawa setiap huruf yang kita baca itu, Allah kurniakan pahala. Allah juga akan kurniakan ketenangan dalam kehidupan… “

Tuesday, October 18, 2022

Cikgu Fadli Didapati Tidak Bersalah

 


Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No. 1), Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mesyuaratnya pada 17 Oktober 2022 telah memutuskan bahawa Cikgu Fadli Salleh didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada tindakan tatatertib bagi semua pertuduhan.

Berdasarkan surat yang diterima daripada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan KPM sebelum ini, beliau diminta membuat representasi secara bertulis dengan mengemukakan alasan dan bukti bagi membebaskan diri daripada kesemua pertuduhan itu dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan surat tersebut.

Cikgu Fadli sebelum ini menghadapi 3 pertuduhan apabila beliau mengutarakan isu pendidikan di media sosial seperti isu sukatan pelajaran yang terlalu tinggi, isu beg berat, isu kepadatan murid di dalam kelas dan sebagainya.

Keputusan ini sudah pasti memberi kelegaan kepada warga guru khususnya beliau sendiri.

Surat keputusan tindakan tatatertib juga didapati telah tersebar awal di media sosial, berkemungkinan ada orang yang telah mengambil gambar sebelum ini, sedangkan ia belum dikongsikan lagi oleh pihak terbabit.

Dalam sesi live beliau sebentar tadi, beliau melahirkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana memberi keputusan yang baik kepadanya, selain itu juga jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang menzahirkan sokongan kepada beliau.

SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4