MENU

Tuesday, October 18, 2022

Cikgu Fadli Didapati Tidak Bersalah

 


Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan (No. 1), Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mesyuaratnya pada 17 Oktober 2022 telah memutuskan bahawa Cikgu Fadli Salleh didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada tindakan tatatertib bagi semua pertuduhan.

Berdasarkan surat yang diterima daripada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan KPM sebelum ini, beliau diminta membuat representasi secara bertulis dengan mengemukakan alasan dan bukti bagi membebaskan diri daripada kesemua pertuduhan itu dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan surat tersebut.

Cikgu Fadli sebelum ini menghadapi 3 pertuduhan apabila beliau mengutarakan isu pendidikan di media sosial seperti isu sukatan pelajaran yang terlalu tinggi, isu beg berat, isu kepadatan murid di dalam kelas dan sebagainya.

Keputusan ini sudah pasti memberi kelegaan kepada warga guru khususnya beliau sendiri.

Surat keputusan tindakan tatatertib juga didapati telah tersebar awal di media sosial, berkemungkinan ada orang yang telah mengambil gambar sebelum ini, sedangkan ia belum dikongsikan lagi oleh pihak terbabit.

Dalam sesi live beliau sebentar tadi, beliau melahirkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana memberi keputusan yang baik kepadanya, selain itu juga jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang menzahirkan sokongan kepada beliau.

No comments:

Post a Comment

LAKUKAN 5 PERKARA SEBELUM DATANG 5 PERKARA

  LAKUKAN 5 PERKARA SEBELUM  DATANG 5 PERKARA  Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْل...