MENU

Tuesday, November 1, 2022

PESTA HALLOWEEN DI S4UD1- TERIMA KASIH KEPADA PENULIS ASAL YANG SHARE

 PESTA HALLOWEEN DI S4UD1


Assalamu’alaikum semua😌


Tular di media sosial beberapa hari ini berkenaan pesta Halloween yang diraikan secara besar-besaran di ibu kota Arab Saudi, Riyadh pada hari Khamis dan Jumaat 27-28 Oktober 2022. 


Ramai yang bertanya minta penjelasan adakah ia benar-benar berlaku di Arab Saudi atau di negara arab lain sebenarnya? 


Ya, pesta ini benar berlangsung di Riyadh, Arab Saudi dan selama kami menetap di sini, rasanya ini kali pertama ia diraikan secara besar-besaran dan terbuka.


Sambutan demi sambutan, pesta demi pesta, konsert demi konsert yang tak dijangka dan sepertinya ‘tak masuk akal’ untuk diadakan di sebuah negara yang terkenal dengan negara Islam yang berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, telah pun diadakan. Anasir-anasir dan budaya barat sedikit demi sedikit telah mula menguasai pemikiran dan cara kehidupan mereka di sini, hanya iman dan taqwa yang menjadi benteng untuk semua yang menetap di Arab Saudi kini. 


Kita amat sayangkan negara Islam ini kerana Allah telah meletakkan kedua tanah suci Makkah & Madinah dalam negara Arab Saudi dan rajanya secara tak langsung memegang amanah untuk menjadi “خادم الحرمين الشريفين" Penjaga kedua tanah haram yang mulia. 


Mungkin ramai juga di kalangan anda persoalkan, di manakah suara para masyaikh dan mufti-mufti Arab Saudi dalam mempertahankan negara ini dari perkara-perkara yang fasik dan maksiat secara umumnya? 


Isu ini sangat sensitif di sini. Namun percayalah dan bersangka baik, tiada hamba Allah yang thiqah (dipercayai), soleh dan musleh, dan memegang amanah dalam mempertahankan Islam, menjadi daie untuk agamanya redha dengan kemaksiatan yang berlaku. Sama ada mereka bersuara secara lantang, atau secara bersembunyi, pasti mereka akan pertahankan, paling tidak pun menjaga ahli keluarga sendiri dari terpedaya dengan segala kemaksiatan yang berlaku. 


Ada beberapa point yang ingin kami jelaskan di sini melalui posting-posting dan komen-komen rakyat Malaysia berkenaan pesta mengarut ni: 


1- Sungguhpun kami yang menetap di Makkah ini tiada kuasa untuk membantah, namun kami tetap tidak menyokong dan bersetuju dengan apa yang telah disambut. Sah-sah sambutan itu menyerupai agama Nasrani dan Nabi kita melarang keras dalam perkara ini.


2- Kebanyakan pesta dan sambutan diadakan di Riyadh iaitu ibu kota Arab Saudi. Jarak dari Riyadh ke Makkah, atau Riyadh ke Madinah adalah lebih kurang 8-10 jam perjalanan darat (lebih kurang Johor ke Perlis, betul?) 


Alhamdulillah di Makkah & Madinah sendiri mereka belum pernah adakan sambutan sebegini. Tapi walaupun di Riyadh jauh dari kedua tanah haram, itu bukanlah tiket untuk bebas mengadakan perkara-perkara yang melanggar syariat. 


Jeddah yang hanya jarak 1 jam lebih perjalanan ke Makkah juga telah menjadi tempat berlangsung beberapa konsert sebelum ini. 


Apa pun kita semua umat Islam berdoalah agar Allah S.W.T memelihara bumi Makkah dan Madinah dari dimasuki anasir-anasir sebegini. 


3- Jubah, abaya, niqab , serban, syimagh hanya sebagai budaya pemakaian orang sini. Tak dinafikan ada yang masih menjaga niqab kerana hukum dan pakaian sunnah terbaik para isteri Nabi dan sahabiat, tapi berapa ramai yang telah kita lihat, bila mereka terbang berwisata ke negara lain, maka ‘terbang’lah juga jubah, abaya, niqab dan segala yang menjadi pakaian mereka di negara ini. 


4- Kita jangan hanya mengutuk dan mengecam, walaupun kita tidak suka dan membantah, kita masih ada satu senjata yang cukup kuat iaitu berDOA. Itulah penghubung antara kita dengan Allah, dan doa yang menguatkan ukhwah kita sesama umat Islam. Mereka di sini tidak putus-putus berdoa agar Allah mengislahkan raja dan kepimpinannya, sepertimana kita juga di negara kita mendoakan kesejahteraan pemimpin kita dan barisan kepimpinan. Kerana bila seorang pemimpin itu baik, maka akan baiklah kepimpinan sesebuah negara itu, berpaksikan Islam, berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.


5- Sunnguhpun negara-negara Islam sekarang ini sudah jauh tersasar dari kehidupan Islam sebenar, itu bukan bermakna kita perlu mengikuti arus perubahan ini. Teruslah gilap iman & taqwa kita dan jaga ahli keluarga kita dari terikut dengan budaya yang tidak baik. Berdoa dan terus berdoa moga Allah pelihara kita, keturunan kita dan orang sekeliling dari fitnah dunia dan fitnah dajjal yang semakin mendekat. 


...dari Makkah.

Penulis Kenangan Terindah, 

Jumaat, 31 Oktober 2022M / 6 Rabi’ul Akhir 1444H.

#anaminmakkah

#kitakasicerita

#makkahkenanganterindah

No comments:

Post a Comment

SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4