MENU

Tuesday, November 15, 2022

Solat taubat-istigfar-sedekah, Ini kunci penawar di kala sakit.

 Ada seorang wanita,

Dia jatuh sakit,

Di hujung usia nak berpencen.


Doktor mengesahkan beliau menghidap kanser darah,

Waktu ini luluh jantung beliau mendengarnya,

Tak tahu nak cakap bagaimana,

Rasa gelap dunia seketika.


Berbulan dia hilang selera makan,

Emosi terlalu sedih,

Dia memilih untuk bersendiri,

Tak mahu sesiapa tahu penyakitnya,

Tidak mahu dihubungi sesiapa.


Satu hari,

Beliau ke hospital,

Untuk bertemu dengan doktor pakar.


Semasa menunggu giliran,

Beliau disapa seorang wanita tua yang berada di atas kerusi roda.

Wanita tua itu menyapanya dengan ramah sekali,

Bertanya tentang sakitnya,

Dan wanita tua tadi berkongsi kisah hidupnya.


Pesan wanita itu kepadanya,

Masa kita diuji ini,

Banyakkan berdoa.


Doktor hanya mampu membantu memberikan rawatan tetapi selebihnya Allah juga pemegang kunci penawar.


Solat taubat-istigfar-sedekah,

Ini kunci penawar di kala sakit.


Pesan wanita tua tadi,

Kalau ada mendengar ahli keluarga atau sahabat kita yang sedang sakit atau diuji,

Buat doa khusus untuk mereka.


Apabila bersedekah,

Selitkan doa untuk mereka yang sedang diuji dengan nama mereka secara khusus.


Sekali kita mendoakan kesejahteraan dan kesihatan sahabat kita tadi,

Ribuan malaikat berdoa untuk kita.


Insyaallah,

Proses penyembuhan kita akan jadi cepat,

Dengan izin Allah.


Kata wanita tadi,

Selepas pertemuan dengan wanita tua itu,

Dia buat apa yang telah dipesan.


Memang betul!

Terasa perubahannya.


Jiwa lebih tenang,

Dah boleh 'move-on',

Proses penyembuhan pun nampak perkembangan baik.


Menurutnya,

Itulah rezeki terbesar yang dia terima dalam hidup,

Rezeki ketika sakit,

Nikmat yang terhebat.


.


Tips ini mahal sekali.


1. Ia mengingatkan kita yang sedang diuji agar tidak hanyut dengan perasaan duka ketika ujian Allah mendatang, dengan cara kita beringat akan keperitan orang lain.


2. Benda ini akan membuatkan hati kita lebih tenang, lapang dan redha. Secara tak langsung diri kita akan berasa bahawa di atas muka bumi ini, bukan kita seorang sahaja sedang diuji.


3. Tips ini menumbuhkan rasa kasih sayang kita kepada sesama manusia. Disaat kita menyebut nama seseorang itu di dalam doa itu, membentuk jiwa untuk selalu mendoakan orang lain.


4. Berdoa dalam keadaan orang yang kita doakan itu tidak tahu itu, doa itu menjadi luar biasa dan doa itu mustajab.


Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ، عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ


Maksudnya: “Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”. [Riwayat Muslim (4914)


5.  Disaat kita mendoakan orang lain, malaikat sudah mendoakan untuk kita doa yang sama.

Untung sangat!


Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ، إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ: وَلَكَ بِمِثْلٍ


Maksudnya: “Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)”. [Riwayat Muslim (4912)]


6. Dan benda ini mengajar kita bahawa pada setiap kejayaan, nikmat kesihatan yang kita perolehi selama ini, mungkin hasil daripada doa yang tidak kita ketahui, daripada mereka yang selalu mendoakan kita. 


Subhanallah!

No comments:

Post a Comment

SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4