MENU

Sunday, February 12, 2023

Umur persaraan wajib penjawat awam bagi yang telah memilih opsyen umur 60 tahun, adalah masih 60 tahun.

 

Umur persaraan wajib penjawat awam bagi yang telah memilih opsyen umur 60 tahun, adalah masih 60 tahun. 

Bukan bermaksud, tak boleh bersara lagi awal. Boleh bersara lagi awal. Tiada masalah.

Boleh bersara seawal umur 40 tahun dengan syarat  tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira sekurang²nya 10 tahun. 

Bersara seawal pada usia tersebut, apa yang layak terima? 

Kalau kalian cukup syarat bersara pilihan seawal usia 40 tahun, kalian sudah layak bergelar 'pesara Kerajaan'. Kalian sudah boleh terima faedah berikut bagi yang berada dalam Skim Pencen :

1.   Kad Pesara (bagi melayakkan rawatan /perubatan percuma di premis kesihatan Kerajaan termasuk pasangan dan ibu bapa),
2.   Ganjaran Perkhidmatan; dan 
3.   Award Wang Tunai GCR

Pencen bulanan sahaja kena tunggu, dan boleh terima nanti pada usia 55 tahun, sekiranya kalian dilantik selepas tarikh 12 April 1991. 

Untuk terima pencen pertama pada bulan hari lahir ke 55 tahun tu, pastikan akaun bank yang telah kalian daftarkan semasa urusan persaraan kalian dahulu, masih aktif. 

Jumlah yang diterima pada bulan pertama adalah mengikut bilangan hari kalian telah masuk usia 55 tahun. 

Kalau dilahirkan pada 1 hb, dapatlah penuh. Kalau dilahirkan pada hujung bulan 30 hb, kiraan pencen pada bulan tu, dikira 1 hari sahaja. Berbeza. 

Masuk bulan berikutnya, baru dapat bayaran penuh. Ramai teruja apabila terima bayaran pencen pertama. Teman pun tumpang teruja 😆.

Ramai yang tidak arif juga yang bayaran pencen bulanan layak mulai mencecah umur layak terima dan dikira 'proportionate' ikut hari pesara layak terima sehingga hari pesara itu meninggal dunia. 

Sekian, terima kasih. Harap bermanfaat. 😊

SUMBER: Bahagian Pencen JPA


No comments:

Post a Comment

LAKUKAN 5 PERKARA SEBELUM DATANG 5 PERKARA

  LAKUKAN 5 PERKARA SEBELUM  DATANG 5 PERKARA  Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْل...