MENU

Saturday, April 8, 2023

Secebis cerita untuk kita sama-sama Muhasabah diri

  



Seorang ustaz diundang makan malam oleh sepasang suami isteri di rumah mereka.


Setelah Ustaz itu pergi, si isteri berkata kepada suaminya, “Wang kita hilang, saya fikir ustaz yang ambil wang RM1,000 di meja itu.”


"Padahal wang itu kita akan berikan kepadanya."


Dengan marahnya si suami berkata, "Jika begitu dia pencuri.  Jadi kita tidak perlu datang ke pengajiannya lagi!”


Dua bulan kemudian si isteri terserempak dengan ustaz itu.  Dengan terpaksa, si isteri menyapa sang ustaz.


"Assalamualaikum ustaz.  Mesti ustaz perasan yang kami sudah lama tidak hadir ke pengajian.  Sebenarnya ustaz, kami suami isteri marah pada ustaz.”


“Ketika ustaz makan malam di rumah kami, wang RM1,000 yang kami letak di meja, hilang setelah ustaz pulang. Dan ustazlah satu-satunya orang yang datang ke rumah kami hari itu."


Ustaz tersenyum menjawab, “Ya benar.  Sayalah yang mengambil wang itu dan meletakkannya dalam al-Quran di rak buku rumah puan, agar tidak terkena tumpahan gulai." 


“Maafkan saya kerana tidak memberitahu puan atau suami puan. Saya fikir kalian pasti membuka al-Quran setiap hari,” jelas sang ustaz.


Wanita itu berasa amat malu dan meminta maaf kepada ustaz.


Sekembali ke rumah, dia mengambil al-Quran dan menemukan RM1,000 terselit di celah lembarannya.


Sudah dua bulan si isteri dan suami tidak membuka dan membaca al-Quran.


Selama dua bulan mereka menuduh ustaz itu mencuri wang mereka.


Sahabat... semoga kita tidak seperti kisah suami dan isteri itu.  Jarang membaca al-Quran, berprasangka buruk dan menghakimi orang lain yang belum tentu bersalah.


Selamat memperingati Nuzul Quran. 

Tiada hari tanpa membaca al-Quran

#pesananuntukdiriku2023

No comments:

Post a Comment

SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4