Kenangan di Mövenpick Hotel & Convention Centre (MHCC) untuk menunaikan haji.
Antara yang terpilih dalam penerbangan awal yang akan masuk ke Madinah terlebih dahulu.
Bagi ahli keluarga yang ingin menghantar keluarga atau saudara mara, berikut adalah tips bagi memudahkan pergerakan anda:
1. Datang 3 atau 2 jam awal dari masa check in jemaah haji. Anda boleh menyewa homestay di sekitar Kota Warisan atau Kampung Labu Lanjut jika waktu menghantar sekitar 2 ke 4 pagi.
2. Sampai sahaja di MHCC, hanya kereta yang membawa jemaah haji beserta bagasi yang boleh parking di dalam. Bagi ahli keluarga yang mengiringi, anda boleh drop off sahaja dan parking di kawasan Masjid Sultan Abdul Samad KLIA Sepang.
3. Satu jam sebelum waktu check in, jemaah haji perlu beratur di kaunter kelengkapan Haji untuk mengambil gelang, lanyard Kad Pengenalan Haji, sling bag dan bag tag. Sementara proses ini, ahli keluarga yang mengiringi akan menunggu di kawasan sekitar. Amat membantu untuk anda membawa tikar dan kerusi mudah alih.
4. Setelah jemaah mendapatkan kelengkapan, mereka akan bertemu semula dengan keluarga. Ambil peluang bantu jemaah haji untuk memakai lanyard Kad Pengenalan Haji, melekatkan bag tag pada bagasi dan memastikan barangan sepatutnya dalam bagasi check in atau hand carry.
5. Peringatan penting untuk jemaah haji. Untuk bagasi check in, barang larangan ialah power bank, bateri kerusi roda, kipas mudah alih & bateri lithium. Untuk hand carry, barang larangan ialah barangan tajam seperti gunting dan cecair melebihi 100ml.
6. Sampai waktu untuk jemaah masuk check in, pengumuman akan dilakukan dan audio talbiah akan dimainkan. Waktu ini bolehlah mulakan salaman, pelukan dan lambaian terakhir sebelum jemaah berangkat.
7. Lokasi lambaian terakhir yang strategik ialah di hadapan Dewan Mentari MHCC.
Saya doakan semua urusan jemaah haji tahun ini dipermudahkan dan moga beroleh haji mabrur Insya-Allah.
#TipsHaji



No comments:
Post a Comment