MENU

Tuesday, January 19, 2021

TERIMA KASIH CIKGU RUHISHAM HARON. ( 18 JANUARI 2021):DI ATAS PERKONGSIAN INI

 بسم الله الرحمن الرحيم

PdPR 2.0 : Antara Harapan dan Realiti.

Mari kita fikir sejenak.


Mohon yang sudi membaca tulisan saya ini,bacalah sehingga habis agar nampak yang mana kepala,ekor dan badannya. Terutama mereka yang bergelar guru,ibu bapa dan pelajar sekolah. Tulisan saya kali ini agak panjang. Namun, kesabaran tuan-tuan membacanya sangat saya hargai.


  Polemik PdPR ( Pembelajaran di Rumah)  2.0 ini nampaknya kian hangat diperkatakan. Cikgu-cikgu rasa panas punggung walhal tak dan duduk lagi di kerusi sebagai guru musim 2021 ini. Oleh sebab itulah,ramai guru yang bimbang persekolahan pada 20 Januari ini terpaksa ditangguhkan akibat Pandemik COvid yang kian menular. Guru bukan sahaja bimbang soal angka pesakit Covid ( Itu semua maklum )tetapi lebih  bimbang polemik,kritikan dan segala macam buah pukul tentang masalah pembelajaran yang bakal dihadapi oleh anak  murid,secara tak langsung ia melibatkan satu lagi pihak iaitu ibu bapa.

  Saya sebagai guru,juga ibu bapa dan mempunyai anak-anak yang turut terlibat dalam PdPR akan menyelami persoalan ini sekadar pengalaman dan buah fikir. Segala yang baik itu daripada Allah dan kelemahan lontaran idea itu adalah kelemahan saya sendiri.

     Saya telah membaca pelbagai cadangan,luahan, dan pelbagai macam kritkan tak kurang juga yang mengutuk para guru namun, ada juga yang sangat memahami situasi ini. 

  Tuan-tuan yang dirahmati Allah,

Perlu kita sedari dan celik kembali sejarah PdPR di negara kita ini,bahkan nasibnya berlaku di seluruh dunia. Dalam erti kata lain,ia bukan isu lama tetapi ia baharu dan sedang dihadapi oleh semua manusia di atas planet dunia hari ini. 


           BERAPA USIA PDPR?

Jangan samakan kesan pendidikan bersemuka dengan PdPR. Ini hakikat bukan cakap kosong atau sembang kari auta sampai kanggaru boleh terbang.

Usia PdPR baharu  setahun jagung ,jangan diukur sama ukurannya dengan pembelajaran bersemuka yang puluhan tahun. 

Pendidikan bersemuka di dalam bilik darjah yang kita kecapi selama ini telah mengalami proses yang sangat matang. Lebih 50 tahun usianya,sudah melalui pelbagai inovasi dan  kaji selidik serta dapatan. Ibarat kalau manusia ia sudah melalui proses hidup sebagai bayi,meniarap,merangkak,mampu berjalan sendiri,berlari,berfikir dengan baik, bahkan sudah mampu mereka cipta sehinggakan berkahwin serta mempunyai cucu. Memanglah mantap kalau begitu yang dilalui dan lamanya proses pendidikan bersemuka.


 Itu pun masih ada kelompangan. 

Saya ulang,itu pun masih ada kelompangan !


  Takdir Allah ,tiba-tiba guru terpaksa berpisah bilik daripada murid. Jauh di mata,jauh jaraknya .Namun mampu didengar dan dilihat dalam teknologi maya. Ibarat suami terpaksa hidup berjauhan dengan isteri,apakah anda fikir sama natijahnya dengan duduk serumah? Usah kata nak bergurau cubit peha dan hidung,nak bau masakan pun tak boleh. 


Begitulah halnya dengan PdPR. Mahu tidak mahu,kita mesti dan mesti menerima hakikat bahawa PdPR ini masih baharu serta sedang melalui proses menyesuaikan keadaan yang baharu ini. 

Ia berlaku dalam keadaan yang sangat mendadak.


 Kupasan dan dapatan saya sebagai guru dan ibu bapa di bawah ini:


1)CABARAN SEBAGAI GURU:

“Kasyaf guru” memang tinggi jika bersemuka di dalam bilik darjah.


      Dulu ( Bersemuka ) anak murid ada depan mata. Boleh kenal muka mana yang tak faham. Tengok gaya sengih,lubang hidung kembang kempis pun dah tahu faham atau buat-buat faham atau memang mu tak faham. Usah berselindung di sebalik rambut yag keras sebab gel hipster tu. Tengok tulisan  kerja rumah pun cikgu dah tahu.Kamu buat “Last minute” atau mak kamu yang yang tuliskan jawapannya. Baca ayat pun cikgu dah tahu,kamu salin bulat-bulat daripada buku atau Internet.


     Bak kata pendekar ,”Mana mau lari? Buah silat anak murid semua dalam kocek cikgu.

  Namun,itu jika bersemuka. 

Kini buah kilas sudah beralih tangan. Cikgu sudah hilang sebahagian besar ilmu kasyafnya setelah PdPR berlaku dan mesti dilalui. 


              DILEMA GURU

*Tak hantar kerja dikatakan tak bagi kerja.Dah bagi kerja dikatakan terlalu banyak pula.

*Ubah sikit ,bagi inovasi ,bagi sedutan daripada Youtube atau video: Bertungkus lumuslah cikgu cari bahan sesuai, buat video sendiri walhal tak berapa nak reti sangat bab sunting video ni ( bukan semua ). 

Data Internet pula jadi masalah. Kesian ibu bapa . Data Internet mak ayah tak banyak.Terpaksa berkongsi dengan anak-anak yang “Download” bahan atau video yang cikgu hantar. Cikgu faham tu. 


*Buat live FB/ Google meet dan macam-macam lagi : terima kasih bagi yang sudi menyertai. Tapi tahukah kita berapa peratus yang menyertai? Malas nak jawab takut tiba-tiba terasa sebak menanggung pilu.


 Lebih pilu ada yang “left group” neninggalkan cikgu terkontang kanting .

*Bagi kerja fotostat: bukan seorang dua yang perlu difotostat, semua subjek dan semua pelajar ( satu sekolah ).

* Google classroom juga menglami nasib yang sama. Sepi ditiup bayu.


      DILEMA IBU BAPA

•  Masalah peranti ,capaian Internet menghambat isu ini.

Bayangkan jika kita mempunyai empat orang anak,semuanya nak belajar serentak. 

Nak pergi kerja lagi,telefon bimbit nak bawa. Beli telefon bimbit seorang satu tak mampu. Kalau mampu pun  perlu langgan data lagi atau bayar bil bulanan. Lebih parah dalam keadaan Covid ada ibu bapa yang terpaksa diberhentikan kerja. Bayangkan, mahu rasanya tang tu juga nak meraung . Menitik air mata macam cerita Ibu Mentuaku. Satu bab ilmu,satu bab memang tak mampu. 


•  Bagi yang tiada masalah Internet,peranti,timbul pula masalah kerja yang terlalu banyak yang diterima oleh anak-anak di rumah. Mak lah selalunya menjadi “guru ganti” tempat rujuk anak-anak. Penemuan “stres baharu” musim Covid pula melanda ibu bapa di rumah..Fuhhh,…kalau nak cerita tujuh helai kertas A4 tak cukup hari ni !


CADANGAN BELAJAR SEPERTI UNIVERSITI

  Ada yang cadang sedemikian . Pada dasarnya saya setuju tapi bersediakah ibu bapa dengan masalah peranti dan capaian Internet? 

KPM juga perlu akur bahawa jadual juga tidak boleh sepadat jadual bersemuka jika kaedah tersebut terlaksana. 


        DAH TU,BAGAIMANA?

Kembali kepada pada awal perbincangan tadi bahawa kita mahu tidak mahu mesti terima hakikat bahawa kita dalam proses memperbaiki kelemahan yang ada. 

Tolong jangan samakan PdPR dengan pembelajaran bersemuka. 

Sangat tidak adil. 

Tidak adil. 


     Pastinya keadaan yang berbeza dan kemudahan yang jauh berbeza ,mustahil menghasilkan natijah yang sama.


          Kesimpulannya:

1.Semua pihak terutamanya guru dan ibu bapa perlu bekerjasama bagi memastikan PdPR ini berjaya dilakukan dengan menutup kelemahan masing-masing semaksimum yang mungkin.  Kita abaikan dulu kelemahan kecil tetapi masalah kesungguhan pelajar mengikuti PdPR walaupun secara ulangan,lewat waktu kelas( akibat telefon ibu bapa bawa kerja) dan menjawab soalan yang difotostat oleh guru dilaksanakan jua. 


2. Kita kena akur. Ini cabaran yang sedang kita lalui bersama bukannya saling menyalahkan tetapi sama-sama kita pelajari dan perbaiki.

Andai tuan puan berada di tempat guru, ini juga masalah yang tuan-tuan hadapi.

Andai tuan-tuan berada di pihak ibu bapa,ini juga masalah yang tuan-tuan hadapi.


Kami guru,kami juga ada anak.


Analogi:

Kalau dulu kita hidup senang,semua makanan cukup di dalam peti. Tiba-tiba kita tersesat di dalam hutan. Untuk terus hidup wajarkah kita meratap dan membandingkan kemewahan yang dikecapi sewaktu berada di rumah berbanding sewaktu sesat di dalam hutan?


3. Keberkatan ilmu itu ada pada ibu bapa ,ada juga pada guru. Marilah kita sama-sama bekerjasama agar keberkatan tidak ditelan unsur iri hati ,tohmahan dan kutukan.

Tiada siapa mahukan keadaan ini. Namun,siapalah kita hendak menolak takdir ini. Kita mesti hadapi bersama-sama.


Guru biasa,

Ruhisham Haron.

18 Januari 2021.

Monday, January 18, 2021

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PROFIL MURID MELALUI PORTAL public.moe.gov.my

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Untuk makluman, ibu bapa/penjaga boleh membuat pengemaskinian maklumat profil murid melalui portal public.moe.gov.my

http://public.moe.gov.my


Melalui SPATKPM ini juga penjaga boleh pantau kehadiran anak. Sistem akan papar analisis kehadiran anak ke sekolah.


Bersama-sama ini disertakan manual pengguna sebagai rujukan. Manual juga boleh dimuat turun dari portal SPAT.


Ibu bapa/penjaga yang mempunyai masalah untuk kemaskini, boleh berhubung dengan guru kelas.


Disertakan perkongsian video sebagai  panduan kepada ibu bapa semasa  mendaftar dan mengemaskini data dalam portal public.moe.gov.my.  Dikongsikan juga video dan manual dalam group ibubapa/penjaga supaya memudahkan kerja Ibu bapa. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.


https://youtu.be/Qg9lih4q4F8

https://youtu.be/Qg9lih4q4F8


Kredit to @hoyensze


Disertakan juga pautan Google Form untuk diisi bagi semakan kata laluan di SPATKPM.


http://gg.gg/spatkpm

http://gg.gg/spatkpm


*data murid tahun 1 2021 dan murid baharu bertukar dari sekolah swasta/tahfiz (ASBS) hanya akan terpapar selepas 18 Januari.


Kerjasama semua pihak amat dihargai.

Sekian. Terima kasih


🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

TAKE NOTE IBU BAPA✌️✌️


Kebiasaannya, mula je sesi persekolahan guru kelas akan edarkan borang maklumat murid kan. Tapi bermula 11 Januari 2021, ibu bapa yang ada anak-anak bersekolah kini perlu mengemaskini maklumat ibu bapa dan penjaga melalui online je. Lebih mudah dan sistematik. Apa yang perlu dibuat?


Layari website https://public.moe.gov.my


Ini website yang sama kita guna masa daftarkan anak masuk Tahun 1. Ingat lagi tak tu? Kalau tak ingat, try masukkan no IC/LUPA KATA LALUAN. IC parent tau bukan IC anak. 


Mana2 parents yang dah ada account, boleh log in je terus. Masukkan no IC dan password. Mana2 yang belum ada account, tekan kat PENGGUNA BARU. Kemudian, isi lah apa yang patut.


Sebagai ibu bapa, isilah maklumat dengan jujur, benar dan sahih supaya tak timbul sebarang kekeliruan kepada pihak sekolah nanti. Ni ada panduan untuk rujukan masing2. ♥️











Saturday, January 16, 2021

Kat rumah pun anak boleh belajar. 😷📚

Kat rumah pun anak boleh belajar. 😷📚 
*PANDAI* dah kumpul beribu video cikgu-cikgu di YouTube, kemudian susun ikut silibus sekolah KPM. 

_Sek. Rendah_
*Y* 1⃣ : video.pandai.org/year1
*Y* 2⃣ : video.pandai.org/year2
*Y* 3⃣ : video.pandai.org/year3
*Y* 4⃣ : video.pandai.org/year4
*Y* 5⃣ : video.pandai.org/year5
*Y* 6⃣ : video.pandai.org/year6

_Sek. Menengah_
*F* 1⃣ : video.pandai.org/form1
*F* 2⃣ : video.pandai.org/form2
*F* 3⃣ : video.pandai.org/form3
*F* 4⃣ : video.pandai.org/form4
*F* 5⃣ : video.pandai.org/form5

*Mohon disebarkan supaya anak-anak dapat terus belajar dirumah*

Friday, January 8, 2021

LINK BUKU TEKS DIGITAL- https://drive.google.com/file/d/1WjJIeZFZss9jkNP_kp9BocOEXmwt4Tky/view?usp=drivesdk

https://drive.google.com/file/d/1WjJIeZFZss9jkNP_kp9BocOEXmwt4Tky/view?usp=drivesdk




 Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,


Berikutan pertambahan murid pada tahun 2021 dan isu kekurangan buku teks, JPNS amat menggalakkan guru² dan murid² menggunakan Buku Teks Digital Asas (BTDA) agar PdP dapat berjalan seperti biasa.


Dilampirkan pautan bagi BTDA untuk rujukan dan tindakan pihak berkenaan:


https://drive.google.com/file/d/1WjJIeZFZss9jkNP_kp9BocOEXmwt4Tky/view?usp=drivesdk


Pihak JPNS amat berharap kerjasama dan keprihatinan pihak sekolah dalam menangani isu ini.


Sekian, terima kasih.

SETIAP CIPTAAN ALLAH ADA MANFAATNYA


 

Thursday, January 7, 2021

JOM MUHASABAH DIRI


 

SAMPAIKAN KEBENARAN


 

JOM BOOKING TARIKH UNTUK TEMPAHAN HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG

    

     

😍JOM LAWATI PAGE Homestay Baiti Jannati Kg Baru Serada K.Trg  UNTUK LEBIH INFO

https://www.facebook.com/ustazahju/


Assalamualaikum 

😍🏡💝 HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA K.TRG  😍MURAH  😍BUDGET  😍🏡💝


*Promosi Bln JANUARI 2021:*

🌺 *Rm150 : Isnin-Khamis*

🌺 *Rm180 :Cuti & Jumaat-Ahad =2 HARI 1 MLM*

(Booking hanya dikira setelah pembayaran/Bank in Deposit telah dibuat iaitu separuh dari bayaran sebenar)

😍😍😍😍😍😍😍😍😍

Blog :https://homestaybaitijannatikgbaruseradaktrg.blogspot.com

😍😍😍😍😍😍😍😍😍

📞 Call @ whatsapp:

https://wa.me/60199433531

https://wa.me/60146690277


😍😍😍😍😍😍😍😍😍

Visit to like my Page-https://www.facebook.com/103465804882384?referrer=whatsapp

😍😍😍😍😍😍😍😍😍

➡️🕑 *Check in   : 2.00pm*

⬅️🕛 *Check Out:12.00pm*


*Max kapasiti :10-12 orang*


Menawarkan rumah Semi D baharu satu tingkat yang bersih & selesa, terletak di Kg Baru Serada, KT. Berdekatan dengan bandar KT & kemudahan awam.😃






PEMANDANGAN DARI DEPAN HOMESTAY 
LAMPU SPOTLIGHT SOLAR TELAH DIPASANG, INSHAA ALLAH HADAPAN HOMESTAY AKAN AUTOMATIK CERAH WAKTU MALAM @ BILA GELAP


PEMANDANGAN DARI SISI KANAN.
 LAMPU SPOTLIGHT SOLAR JUGA TELAH DIPASANG, INSHAA ALLAH SISI KANAN HOMESTAY AKAN AUTOMATIK CERAH WAKTU MALAM @ BILA GELAP

PARKING MUAT 2 BUAH KERETA 

PEMANDANGAN DARI BELAKANG 

LAMPU SPOTLIGHT SOLAR JUGA TELAH DIPASANG, INSHAA ALLAH BAHAGIAN BELAKANG HOMESTAY AKAN AUTOMATIK CERAH DI WAKTU MALAM @ BILA GELAP


*LOKASI :*

PT6407 , JLN PASIR TINGGI, KG BARU SERADA, 20050 KUALA TRG, TRG.


*KEDUDUKAN HOMESTAY / Maps*

5°15'49.8"N 103°03'28.2"E

Serada, Kuala Terengganu, Terengganu

https://maps.google.com/?q=5.263832,103.057831


 🏖️🏊🏻♂️🏝️🏄🏻♂️🏟️🏇🏻🌉🌃🚤🌊🏔️🕺 

JOM BERCUTI DI GANU KITE BOH ❗❗


📝TEMPAH SEKARANG : -


📬 *HOMESTAY BAITI JANNATI, KG BARU SERADA, KUALA TRG,TRG


KELENGKAPAN/KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN :


🛌🏻 3 Bilik Tidur Katil Queen

🚿 🚽2 Bilik Air (sabun mandi)& Tandas

🎡 Kipas di ruang tamu/ ruang keluarga /dapur / 3 Bilik tidur

🌬Aircond dan kipas di master bedroom dan ruang tamu

🛋 Sofa 

📺 TV 40" Siaran astro njoi

🧊 Peti Sejuk

🧺 Mesin Basuh 

🥘 🥘Periuk elektrik serba guna /Multi cooker

🍲🥣 Pinggan/Mangkuk / 🥛🥄🍴Gelas/jug/Sudu/garfu

🍵☕Gula/Teh/Nescafe

 🥘Rice cooker

🍞Sandwich Toaster

 ☕ Kettle/Heater/masak air

🕌 Selimut dan Sejadah di setiap bilik

🎁 Extra bantal & toto bila diminta

🥌👕Iron box/iron/Seterika

🍱 Set Kerusi Meja Makan

🚗🚙 2 Parking dalam pagar


BILIK KE 2


PETI AIS DAN MESIN BASUH 


BILIK KE 3


TANDAS DLM MASTER BEDROOM 

TANDAS KE 2

PERATURAN HOMESTAY 
HAND SANITIZER & SANITIZER MEJA/KERUSI/PINTU/APA2 YG BIASA TERKENA SENTUHAN DLL




PERATURAN HOMESTAY 





 🥘Periuk elektrik serba guna /Multi cooker



DAPUR/ SET KERUSI & MEJA MKN



 
DI DAPUR DISEDIAKAN PINGGAN MANGKUK/ JUG/GELAS/SUDU/ GARFU/ KETTLE/SANDWICH TOASTER/ PERIUK ELEKTRIK SERBA GUNA @ MULTI COOKER/ RICE COOKER/BEKAS2 MAKANAN/ GULA/TEH/ NESCAFE/TISU DAPUR/KAIN LAP TANGAN/ALAT2 & BAHAN PENCUCI DLL


MASTER BEDROOM- TERDAPAT ALMARI/SEJADAH /BANTAL TAMBAHAN/TOTO/PAPAN DAN SETERIKA/TEMPAT PENYIDAI PAKAIAN/SEJADAH@ TUALA DLL


RUANG TAMU/SOFA & KERUSI



RUANGAN KELUARGA 
SOFA/TELEVISYEN 40 " ASTRO JOI

MASTER BEDROOM 

ALMARI,SEJADAH ,BANTAL TAMBAHAN,TOTO, TIKAR/KARPET (ATAS ALMARI),PAPAN DAN SETERIKA/TEMPAT PENYIDAI PAKAIAN/SEJADAH DLL


SANITIZER & HAND SANITIZER 


PERATURAN HOMESTAY 



Phone:

*019-9433531

*014-6690277 


Maps

5°15'49.8"N 103°03'28.2"E

Serada, Kuala Terengganu, Terengganu

https://maps.google.com/?q=5.263832,103.057831.


BERDEKATAN DENGAN

😀 2 minit - 750 meter- Urut Kaki Kg Baru Serada, K.Trg

🚣 *2 minit@1.4 km- Dataran River View Banggol Cempedak K.Trg- (Riadah/Mandi sungai berkelah DLL)*


🏞🏛 *4 minit @2.6 km - Makam Tokku Pulau Manis*


🕌🏛 *3 minit @2.5 km - Zawiyah Syeikh Abdul Malik,Kg.Banggol Tokku*


🏞🚣🏕 *3 minit @2.5 km - Kalang Warisan Serada*


🥞 *5 minit @4.4 km-Roti Canai Sarang Burung Viral DLL Kepong*


🍛 *7 minit @5.4 km- Nasi Dagang Warisan Mok Mek Gemok Pengadang Baru*


🎆 *23 minit@15 km-Pasar Payang*


🏖️ *23 minit@14 km - Pantai Batu Buruk*


✈ *31 minit@20 km - Airport Sultan Mahmud*


🏖️ *35 minit@23 km - Pantai Teluk Ketapang*


🏖️ 🕌 *24 minit@17 km- Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah@Pantai Kuala Ibai Lagoon*


🛕 *23 minit@14 km - Kg.Cina,Pulau Warisan*


🥓 *14 minit@8.9 km- Keropok Pengkalan Setar*


🍛 *15 minit@10 km-Nasi Dagang Atas Tol*


🏬 *17 minit@11 km-Mydin Mall/Giant K.Trg*


🏬 *27 minit@15 km -KTCC Mall*


⛴ *34 minit@25 km-Jeti Marang ke Pulau Kapas*


🌉 *31minit @17 km- Jambatan/Drawbridge*


🏖️ *37 minit@23 km- Pantai/Ikan Celuk Tepung Teluk Ketapang*


🏞🏕 *47 minit@43 km–Air Terjun Sekayu Waterfall*


⛴ *52 minit@52 km - Pengkalan Gawi Jetty Houseboat,Kenyir, Kuala Berang*


🏞 *53 minit@48 km-Tasik Kenyir, Kuala Berang*


🚤 *1 jam 9 minit@66 km- Jeti Penarik ke PulauRedang*


🏛️ *18 minit @11 km- Muzium Negeri*


🕌 *24 Minit @13 km- Masjid Kristal*


🏫 *34 minit @22 km- UniSZA /UMT*


🍤🦑🍧 *36 minit @26 km- Warung Pok Nong* 


👘 *22 minit @15 km- Noor Arfa Batek*


🛥🚤 *25 minit @15 km - Jeti Shah Bandar*


🚎🚌 *24 minit @15 km- UTC KT & Stesen Bas KT*


🥓 *8 minit @5.8 km- Keropok Lekor Sungai Rengas*


🥓 *17 minit @11 km- Keropok Losong*


👘 *9 minit @6 km- Seri Murni Batik Jln K.Berang*


🏥 *10 minit @6.7 km- Klinik Maimon dan Rushdi*


⛽ *12 Minit @7.2 km- Stesen Minyak Petronas Mukim Tol Jamal*


⛽ *12 minit @7.1 km- Stesen Minyak Shell Wakaf Mempelam*


🏨 *24 minit@15 km- Hospital Sultanah Nurzahirah K.Trg.*


🏨 *25 minit @15 km- KTS Hospital*


🏨 *22 minit @14 km– Salam Medical Centre*


💸💰 *21 minit @14 km– Maybank/Bank Islam KT*


🕌 *1 minit @550 meter-  Masjid Kg Baru Serada*


🏫 *1 minit @90 meter-SK Kg Baru Serada*


🏨 *1 minit @90 Meter- Klinik Kesihatan Desa*


BERMINAT ?

Sebarang pertanyaan lanjut boleh tekan link wasap dibawah 

📞 Call @ whatsapp:

https://wa.me/60199433531

https://wa.me/60146690277


SILA LAWATI BLOG KAMI UNTUK INFO TERKINI 😃.

BLOG : HOMESTAY BAITI JANNATI KG BARU SERADA, KUALA TERENGGANU

https://homestaybaitijannatikgbaruseradaktrg.blogspot.com



😊Terima kasih😊


SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4