Assalamualaikum dan salam sejahtera
Untuk makluman, ibu bapa/penjaga boleh membuat pengemaskinian maklumat profil murid melalui portal public.moe.gov.my
Melalui SPATKPM ini juga penjaga boleh pantau kehadiran anak. Sistem akan papar analisis kehadiran anak ke sekolah.
Bersama-sama ini disertakan manual pengguna sebagai rujukan. Manual juga boleh dimuat turun dari portal SPAT.
Ibu bapa/penjaga yang mempunyai masalah untuk kemaskini, boleh berhubung dengan guru kelas.
Disertakan perkongsian video sebagai panduan kepada ibu bapa semasa mendaftar dan mengemaskini data dalam portal public.moe.gov.my. Dikongsikan juga video dan manual dalam group ibubapa/penjaga supaya memudahkan kerja Ibu bapa. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.
https://youtu.be/Qg9lih4q4F8
Kredit to @hoyensze
Disertakan juga pautan Google Form untuk diisi bagi semakan kata laluan di SPATKPM.
http://gg.gg/spatkpm
*data murid tahun 1 2021 dan murid baharu bertukar dari sekolah swasta/tahfiz (ASBS) hanya akan terpapar selepas 18 Januari.
Kerjasama semua pihak amat dihargai.
Sekian. Terima kasih
๐บ๐บ๐บ๐บ๐บ๐บ๐บ๐บ๐บ๐บ๐บ๐บ๐บ๐บ๐บ๐บ๐บ
TAKE NOTE IBU BAPA✌️✌️
Kebiasaannya, mula je sesi persekolahan guru kelas akan edarkan borang maklumat murid kan. Tapi bermula 11 Januari 2021, ibu bapa yang ada anak-anak bersekolah kini perlu mengemaskini maklumat ibu bapa dan penjaga melalui online je. Lebih mudah dan sistematik. Apa yang perlu dibuat?
Layari website https://public.moe.gov.my
Ini website yang sama kita guna masa daftarkan anak masuk Tahun 1. Ingat lagi tak tu? Kalau tak ingat, try masukkan no IC/LUPA KATA LALUAN. IC parent tau bukan IC anak.
Mana2 parents yang dah ada account, boleh log in je terus. Masukkan no IC dan password. Mana2 yang belum ada account, tekan kat PENGGUNA BARU. Kemudian, isi lah apa yang patut.
Sebagai ibu bapa, isilah maklumat dengan jujur, benar dan sahih supaya tak timbul sebarang kekeliruan kepada pihak sekolah nanti. Ni ada panduan untuk rujukan masing2. ♥️
No comments:
Post a Comment