Copypaste
10 Nasihat berguna daripada seorang mantan guru.
1. Beri hak murid untuk makan pada waktu rehat dan balik pada waktunya. Usah tahan walaupun apa jua alasan.
2. Setiap awal pagi, guru yang masuk kelas masa pertama, ambil 2 minit tanya solat subuh. Beri pujian pada yang solat (jangan layan murid yang provok kawan dia) dan minta serta doakan yang tidak solat agar qada nanti semasa waktu rehat.
3. Guru yang mengajar waktu akhir, ingatkan murid agar bersolat zuhur. Beritahu mereka Allah sayang semua hamba- hambanya. Kalau solat lagi Allah sayang.
4. Kalau ada perhimpunan pagi, beri kata- kata semangat/ motivasi kepada murid. Usah rosakkan 'mood' murid yang ramai hanya kerana kesalahan 2-3 orang dengan membaca 'talkin'. Rosak mood murid.
5. Jaga aib murid. Jangan tularkan di bilik guru, kantin. Tak pasal-pasal guru lain menyampuk akhirnya jadi mengumpat!
6. 'Cover page' kertas soalan dah macam soalan spm/ universiti terutama tahun 1, 2, 3. Siap ada lencana bagai. Bincang dengan pentadbir wujudkan semula cover soalan yang menarik seperti zaman mereka. Ada gambar kartun, cendawan bunga. (Yang ini memang win!)
7. Waktu rehat, sediakan 'tools' untuk mereka guna. Boleh gantikan aktiviti meronda dan berlumba lari mereka tiap- tiap hari. Catur, dam ular, buku cerita, bermain batu seremban dll.
8. Sediakan siap-siap pensel dan kertas kajang. Pensel untuk kes pensel tak ada. Kertas untuk kes buku tertinggal. Jadi balik rumah tinggal tampal semula. Tak guna beri 'warning' siapkan di rumah. Nanti kena cikgu semula sebab murid lupa nak siapkan juga.
9. Kalau murid datang cakap hilang duit, tak payah cakap banyak, sedekah la seringgit dua. Dia datang pada kita sebab Allah yang hantar.
10. Sebelum keluar kelas, tinggalkan doa buat murid- murid. Biar murid tahu kita hanya garang semasa mengajar tetapi sebelum habis kelas kita guru yang penyayang.
Untuk ingatan dan idea berguna buat sahabat dalam arena pendidikan.
Banyak dapat ilmu bila berbual dengan orang lama. Betullah, orang lama kalau dah berbual memang 'syok' melayan!
#Skyjuicehaqeem
No comments:
Post a Comment