MENU

Saturday, March 19, 2022

BEST KE JADI CIKGU /GURU/ USTAZ/ USTAZAH/ TEACHER? 😊😊😊


 “Kau best lah, jadi cikgu cuti banyak.. sekolah pun setakat 190 hari je setahun”


“Betul ke cikgu sekolah rendah gajinya lagi rendah dari sekolah menengah? Tu ha.. cikgu prasekolah.. sijil je kan kelayakan akademiknya? Hmmm senanglah nak jadi cikgu”


“Jap, jadi cikgu balik tengahari kan? Petang dah ada kat rumah”


Oh tidak! 


Jadi cikgu bukan tugas mudah, sekarang ni nak jadi cikgu pun punyalah ketat syarat kemasukkannya. 


Itu belum cerita bab belajar nak menjadi guru tu sendiri, huih! Bukan setakat menghafal dan luahkan kembali diatas kertas sewaktu peperiksaan tau?


Tapi membina karekter, memantapkan jiwa, mengisi rohani.


Tahukah anda yang cikgu ni kerjanya paling tak tentu masa, pantang terjumpa dengan mak pak diluar, mesti ada soalan ditanya.


“Apa khabar cikgu? Anak saya ok dak kat sekolah? Kerja rumah ada dak?”


Dah sampai rumah pun, bertalu-talu soalan melalui Whatsapp dan Telegram diterima, tak jawab karang.. nampak pula sombong, kalau jawab karang, tak sudah-sudah mak pak ni berhubung tak tentu masa.. kesian kita.


Di sekolah, para guru bukan takat mengajar. Tetapi juga mendidik minda dan hati anak-anak kita. 


Memberi inspirasi dan menyuluh kehidupan mereka agar dapat mengenal mana yang hak dan mana yang batil.


Bagaimana nak capai itu semua? Mestilah dengan niat ikhlas dihati, dan perancangan yang teliti.


Ada cikgu masuk dengan pelbagai persediaan, ada cikgu hanya masuk dengan sebatang marker disisi. Terpulanglah bagaimana, janji tidak culas dengan tanggungjawab yang diberi.


Bila bercerita bab aktiviti luar kelas pula, lagilah dasyat sampai tak terkata. Satu keluarga diheret sekali, berkampung bermalam berhari-hari, tak kiralah disekolah atau tempat pertandingan yang dihadiri. 


Semuanya demi memastikan anak-anak murid terjaga dari pelbagai segi, dari latihan, pertandingan hinggalah kebajikan.


Tiba hal kebajikan ni pula, para gurulah juga penganti ibu dan bapa. Kalau disekolah, basuh berak, anak terlupa bekal, duit tak ada, baju lusuh, kasut sekolah koyak, baju lusuh, buku tak cukup… merekalah yang selalu cakna menghulurkan apa yang perlu.


“Terima kasih cikgu.. bantu anak-anak kami.. kalau tiada cikgu.. kami tak tahu mana nak hala mohon bantuan”


Nampak kan? Cikgu jugalah menjadi rujukan, walaupun diri sendiri tak berada mana, tetapi tetap juga diusaha dengan pelbagai cara agar tiada anak murid yang tercicir dimana-mana.


Cikgu juga tak kira dimana-mana, selalu menjadi tempat rujukan dan pemimpin dikala perlu. 


Segala buah fikiran dan bicara cikgu, diambil satu persatu buat panduan dalam memutuskan sesuatu. Nampak kan? Betapa tingginya nilai si cikgu dalam masyarakat dan komuniti?


Ya jadi cikgu memang letih minda dan badan, tapi semua lelah kan hilang pabila melihat anak-anak tertawa riang.


Biarpun tak dapat A berderet, tetapi sapaan mereka yang penuh hormat dengan santun kata yang mesra buat kita rasa itulah kejayaan sebenar yang kita para guru nantikan. 


Kejayaan sebenar, memanusiakan manusia.


Maka, jika dikata tugas guru itu mudah. Tidak benarlah bagai dikata. Ia datang dengan tanggungjawab dan amanah yang tak pernah ada penghujungnya, selagi bernyawa, itulah yang akan kekal kita bawa. 


Kecuali buat mereka yang bekerja hanya kerana gaji, nama dan entah apa lagi… 


Buat semua pendidik diluar sana, teruskan buat yang terbaik dan buatlah anak-anak kita terus berbangga dengan siapa kita.


Kepada ibu bapa dan masyarakat, terima kasih kerana terus menyokong dan mempercayai kami untuk memanusiakan anak-anak ini dan seluruh generasi mereka.

No comments:

Post a Comment

SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4