MENU

Saturday, March 5, 2022

ADA APA DI BULAN SYA'BAN ?

ADA APA DI BULAN SYABAN

Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Bulan Sya'ban adalah bulan di mana manusia mulai lalai yaitu di antara bulan Rajab dan Ramadhan. Bulan tersebut adalah bulan dinaikkannya berbagai amalan kepada Allah, Rabb semesta alam. Oleh karena itu, aku amatlah suka untuk berpuasa ketika amalanku dinaikkan." (HR. An Nasa't) Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan


 Bulan Sya’ban adalah bulan mulia yang terletak sebelum bulan suci Ramadhan al-Mubarak. 


Di antara keistimewaannya, bulan tersebut adalah waktu dinaikkan amalan-amalan kita pada Allah swt. Oleh kerana itu, Nabi saw kerap berpuasa sunat pada bulan ini, dengan harapan apabila amalan diangkat pada Allah swt, baginda sedang  berpuasa.

[HR. al-Nasaie: 2539]


Maka, bagi mereka yang masih belum melunaskan 'hutang' puasanya, boleh bersegera ganti pada bulan ini, moga-moga mendapat ganjaran yang terbaik.


Ada juga beberapa hadith yang lain, menyebutkan pengampunan Allah swt akan diberikan buat hambanya pada malam Nisfu Sya'ban, kecuali bagi beberapa orang:


1. Orang yang mensyirikkan Allah swt.

2. Orang yang suka  bermusuhan.

[HR. Ibn Hibban: 5665]


Pengampunan dosa dari Allah swt ini juga diberikan pada setiap minggu, iaitu pada hari isnin dan khamis, kecuali bagi mereka yang bermusuhan sehingga mereka sudah berdamai.

[HR. Muslim: 2565]


Antara amalan yang baik untuk kita giat laksanakan, bukan hanya pada bulan sya'ban atau malam nisfu sya'ban, tetapi tetap diteruskan pada hari-hari yang lain, bulan-bulan yang lain saban tahun, iaitu:


1. Perbanyakkan puasa sunat.

2. Membaca al-Quran.

3. Perbanyakkan solat malam.

4. Bersedeqah.


Amalan-amalan ini baik untuk diamalkan pada malam nisfu sya'ban, malah bertambah baik apabila dilazimi pada malam-malam yang lain. Kerana pengampunan, janji kemustajaban doa dari Allah swt itu berlaku pada setiap malam.

[HR. al-Bukhari: 6321]


Usahalah menghiasi malam-malam kita dengan ibadah pada Allah swt. Tidak salah pada malam nisfu sya'ban kita bersemangat untuk beribadat, cuma lebih afdhal kita guna semangat itu, untuk diteruskan pada malam-malam yang lain.


Moga Allah swt sempurnakan pahala buat kita semua. Aamien


Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4