MENU

Saturday, March 5, 2022

KAD OKU ANAK?- TERIMA KASIH CIKGU RAHMAN USMAN DI ATAS PERKONGSIAN.


 Cikgu Man, setelah jumpa doktor, dia sarankan anak daftar kad OKU dan masukkan dia di dalam kelas Pendidikan Khas.


Tapi cikgu, anak saya sihat dan sama macam orang lain. Nanti bagaimana dengan masa depan dia.


Tuan/Puan. 


Apabila kalian di syor untuk buat kad OKU dan menghantar anak ke kelas Pendidikan Khas. 


Apa yang kalian perlu buat ialah ikut saranan itu demi kebaikan anak dan bukannya beranggapan itu adalah hukuman mandatori bagi anak. 


Dengan mengesahkan anak kalian memiliki kad OKU, maka itu akan membantu anak untuk mendapatkan hak anak dari sudut akademik serta keperluan lain. 


Kalau masuk kelas Pendidikan Khas mesti mereka tak dapat sambung belajar sama seperti rakan sebaya mereka? 


Sebenarnya apabila masuk ke kelas pendidikan khas (PK) akan membantu mereka untuk mendapatkan perhatian dan pembelajaran sesuai dengan ketidakupayaan mereka. 


Di dalam kelas PK bilangan murid di antara 5 hingga 12 orang paling maksimum, berbeza dengan kelas aliran perdana yang satu kelas boleh mencecah 40 orang murid. 


Secara tidak langsung anak akan dapat perhatian dan peluang meningkatkan potensi bersama guru serta penolong pembantu murid (PPM)  selaras dengan tahap. 


Jangan risau, sekiranya potensi anak meningkat. Mereka boleh diserap ke dalam kelas aliran perdana sama seperti rakan sebaya yang lain. 


Apa yang penting ialah kita memberi sokongan kepada anak demi meningkatkan potensi dan belajar untuk menerima ketidakupayaan anak. 


#CikguMAN

No comments:

Post a Comment

SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4