Terdapat sebuah riwayat daripada ‘Imran Bin Husain r.a bahawa Nabi S.A.W pada suatu hari melihat seorang lelaki yang memakai gelang di tangannya. Lalu Nabi S.A.W bersabda:
مَا هَذِهِ الْحَلْقَةُ " . قَالَ هَذِهِ مِنَ الْوَاهِنَةِ . قَالَ " انْزِعْهَا فَإِنَّهَا لاَ تَزِيدُكَ إِلاَّ وَهْنًا
Maksudnya: Gelang apakah ini ? Maka lelaki itu pun menjawab: Ini disebabkan penyakit. Lalu baginda bersabda: Tanggalkanlah ia kerana sesungguhnya ia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan.
Riwayat Ibn Majah (3531)
Maka jelas daripada hadis di atas bahawa Nabi S.A.W memerintahkan supaya pemakaian gelang dengan tujuan dan keyakinan bahawa ia dapat menyembuhkan ditanggal dan dijauhkan kerana ia sama sekali tidak dapat memberi manfaat mahupun mengelakkan kemudaratan.
No comments:
Post a Comment