TAHAJJUD.
.
1. Subuh masuk lewat ketika saya sedang menulis posting ini. Bangunlah sedikit awal sebelum masuk waktu Subuh untuk menunaikan solat Tahajjud. Jika tidak biasa, inilah waktu terbaik untuk kita melatih diri.
.
2. Tunaikanlah solat Tahajjud sekurang-kurangnya 2 rakaat pada setiap awal pagi sebelum masuk waktu Subuh. Untuk permulaan itu adalah yang terbaik. Jika berasa tidak mampu, tunaikanlah sekurang-kurangnya seminggu sekali.
.
3. Apabila sudah biasa nanti, bangun lebih awal lagi. Dan lagi. Waktu terbaik untuk menunaikan solat Tahajjud adalah pada satu per tiga malam. Bangunlah dari tidur mu.
.
4. Tidak ada malas atau letih lagi jika kita benar-benar mahukan sesuatu. Tahajjud adalah “ubat” terbaik bagi segala “penyakit” dunia. Jalan terbaik untuk membuang resah mu, sedih mu, sakit mu, bahkan untuk sakit fizikal juga. Segalanya adalah sangat mudah bagi Allah. Tidak ada satu pun yang sukar bagiNya jika Dia berkehendak untuk memberi.
.
5. Duhai wanita, berhentilah untuk mengadu damba kesedihan mu kepada orang lain. Tempat yang terpaling baik untuk kamu mengadu segala kesukaan, kebahagian, kesedihan, ujian, kesakitan, bahkan apa sahaja…. Adalah ketika kita bersujud dan hanya kepada Allah. Bukan di Mukabuku mu.
.
6. Tidak ada orang yang berasa susah untuk bangkit di malam hari jika mereka benar-benar mahu. Jika kita tidak mahu bangkit, itu bererti kita belum cukup mahu.
.
7. Satu satu doa yang tidak lari daripada sasaran walau seinci ialah DOA pada waktu 1/3 malam.
Pembuktian dalam Al-quran satu-satunya Solat Sunat yang diabadikan dalam Al-quran adalah Solat Tahajjud:-
"Dan pada sebagian malam hari bersalat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji."
(Q.S. 17:79 ).
.
8. “Doa di Saat Tahajud Bagaikan Anak Panah yang Melesat Tepat Mengenai Sasaran”
(Imam Syafi’i)
Lihatlah bagaimana mudahnya bagi mu untuk mencari jalan keluar….
.
9. Mulai dari hari ini, marilah kita berazam untuk bertahajjud pada setiap hari.
.
10. Paksa diri untuk permulaan. Selepas seminggu, dua minggu dan 3 minggu, kita akan mula rindu jika meninggalkannya. Sungguh Tahajjud itu adalah sangat ajaib bagi yang tahu.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
No comments:
Post a Comment