:: ROAD TO RAMADHAN ::
PERBANYAKKANLAH BACAAN AL-QURANMU PADA BULAN SYA'BAN.
Salamah ibnu Kuhail rahimahullah menyatakan bahawa :
Bulan Sya'ban disebut di kalangan mereka sebagai شهر القراء (Bulan Pembaca al-Quran).
Habib bin Abi Thabit rahimahullah apabila tiba bulan Sya'ban, dia berkata:
Ini adalah Bulan Pembaca al-Quran.
'Amru bin Qais al-Mula'ie rahimahullah apabila tiba bulan Sya'ban, dia menutup premis perniagaannya dan menumpukan masanya untuk fokus membaca al-Quran.
Dia juga pernah berkata:
Beruntunglah sesiapa yang mengislahkan dirinya sebelum tibanya bulan Ramadhan.
Sumber :
كتاب لطائف المعارف لابن رجب الحنبلي
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
1) Di antara persiapan yang sewajarnya dilakukan untuk memasuki bulan Ramadhan al-Mubarak adalah dengan mula memperbanyakkan bacaan al-Quran.
2) Latihlah diri untuk menyediakan masa yang khusus pada setiap hari untuk membaca al-Quran secara konsisten dan berusahalah untuk mentadabbur isi kandungannya.
3) Peringatkanlah isterimu/suamimu dan anak-anakmu serta insan-insan di sekelilingmu melalui pelbagai medium yang ada supaya memulakan usaha membaca al-Quran bermula dari bulan Sya'ban lagi.
"Ya Allah, taufiqkanlah kami dan zuriat kami untuk sentiasa berusaha bersungguh-sungguh membaca, memahami, menghayati dan beramal dengan Kitab-Mu yang mulia sepanjang hidup kami serta kurniakanlah kepada kami akhlak al-Quran."
اللهم بلغنا رمضان ونحن في عافية وصحة ووفقنا لصيامه وقيامه.
الفقير إلى عفو ربه،
أبو عمار مدني،
غفر الله له ولوالديه ولجميع المسلمين.
Semenyih, Selangor.
Ahad, 3 Sya'ban 1443H - 6 Mac 2022
Salehuddin bin Abu Samah,
https://www.facebook.com/salehuddin.binabusamah
No comments:
Post a Comment