MENU

Tuesday, March 29, 2022

FIQAH PUASA. - PETIKAN TULISAN USTAZ AZHAR IDRUS. TERIMA KASIH USTAZ


 FIQAH PUASA


Bahagian 1


ARTI PUASA


Puasa الصوم dari sudut bahasa ialah الإمساك yaitu menahan dari melakukan sesuatu.


Adalah orang arab apabila mereka mengatakan perkataan imsak artinya ialah menahan diri.


Berkata Imam Al-Mawardi :


أَمَّا الصَّوْمُ فِي اللُّغَةِ: فَهُوَ الْإِمْسَاكُ يُقَالُ صَامَ فُلَانٌ بِمَعْنَى أَمْسَكَ عَنِ الْكَلَامِ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى {إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَنِ صَوْماً) {مريم: 26) أَيْ: صَوْمًا وَسُكُوتًا


Artinya : “Adapun puasa pada sisi bahasa maka yaitu berarti menahan. Dikatakan seorang itu puasa artinya menahan dari berkata-kata. Telah berfirman Allah Taala : Sungguhnya aku telah bernazar bagi Tuhan akan berpuasa artinya akan diam dari berkata-kata.”


Dan arti puasa dari sudut syarak ialah :


الإمساك عن المفطر من طلوع الفجر إلى غروب الشمس بنية


Artinya : “Menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dari masa terbit fajar hingga masa tenggelam matahari dengan berniat.”


Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari :


إمْسَاكُ الْمُسْلِمِ الْمُمَيِّزِ عَنْ الْمُفْطِرَاتِ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ إلَى آخِرِهِ بِالنِّيَّةِ سَالِمًا مِنْ الْحَيْضِ وَالنِّفَاسِ وَالْوِلَادَةِ وَمِنْ الْإِغْمَاءِ وَالسُّكْرِ فِي بَعْضِهِ


Artinya : “Menahan diri olih seorang Islam yang telah mumayyiz dari segala perkara yang membatalkan puasa dari awal hari hingga akhirnya dengan niat dan keadaannya selamat dari haidh dan nifas dan wiladah dan dari pingsan dan tidak sedar pada sebahagian hari.” (Kitab Asnal Matalib)


HUKUM PUASA RAMADHAN


Hukum puasa Ramadhan adalah wajib dengan ijmak ke atas sekelian orang Islam yang mukallaf yang tidak ada keuzuran dan tidak wajib atas orang kafir yang asli sekalipun di akhirat dia akan diazab kerana meninggalkan puasa.


Dan adapun selain dari puasa Ramadhan maka tidak wajib atas orang Islam melainkan puasa qadha atau nazar atau kafarah.


Berkata Imam Nawawi :


لَا يَجِبُ صَوْمُ غَيْرِ رَمَضَانَ بِأَصْلِ الشَّرْعِ بِالْإِجْمَاعِ وَقَدْ يَجِبُ بِنَذْرٍ وَكَفَّارَةٍ وَجَزَاءِ الصَّيْدِ وَنَحْوِهِ وَدَلِيلُ الْإِجْمَاعِ قَوْلُهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ سَأَلَهُ الْأَعْرَابِيُّ عَنْ الْإِسْلَامِ فَقَالَ " وَصِيَامُ رَمَضَانَ قَالَ هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهُ قَالَ لَا إلَّا أَنْ تَطَّوَّعَ " رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ مِنْ رِوَايَةِ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ


Artinya : “Tidak wajib puasa selain puasa Ramadhan dengan sandaran syarak dengan ijmak ulamak. Dan terkadang wajib puasa sebab nazar dan kafarah dan denda memburu ketika ihram dan dan seumpamanya. Dan dalil ijmak itu ialah sabda Nabi sollallahu alahi wasallam ketika bertanya kepadanya olih seorang arab dusun dari hal agama Islam lalu Nabi sollallahu alaihi wasallam  bersabda : Dan wajib puasa Ramadhan. Berkata lelaki itu : Adakah yang lain wajib atasku? Jawab Nabi sollallahu alaihi wasallam : Tidak ada melainkan kamu puasa yang sunat. Meriwayatkannya olih Bukhari dan Muslim dari riwayat Talhah bin Ubaidillah r.a.” (Kitab Syarah Al-Muhazzab)


Berkata Imam As-Syairazi :


يجب صوم شهر رمضان على كل مسلم بالغ عاقل قادر على الصوم فأما الكافر فإن كان أصليا لم يجب عليه وان كان مرتدا وجب عليه


Artinya : “Wajib puasa bulan Ramadhan atas setiap Muslim yang baligh yang beraqal yang mampu atas berpuasa. Maka adapun orang kafir maka jika ada ia kafir yang asal nescaya tidak wajib atasnya puasa dan jika ada ia kafir murtad nescaya wajib atasnya puasa.” (Kitab At-Tazkirah)


Apabila masuk Islam olih orang yang kafir maka tidak wajib atasnya qadha puasa yang dia tinggalkan dalam masa kafirnya kerana tidak dihadapkan kewajipan berpuasa atasnya masa kafir dahulu kerana tiada sah puasa dari orang yang kafir.


Jika orang murtad masuk Islam semula nescaya wajib atasnya qadha sekelian puasa yang ditinggalkan pada masa murtadnya sebagai hukuman atasnya.


Berkata Imam As-Syairazi :


فأما الكافر فانه ان كان أصليا لم يخاطب في حال كفره لانه لا يصح منه فان اسلم لم يجب عليه القضاء لقوله تَعَالَى (قُلْ لِلَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ يَنْتَهُوا يُغْفَرْ لَهُمْ ما قد سلف) ولان في إيجاب قضاء ما فات في حال الكفر تنفيرا عن الاسلام وان كان مرتدا لم يخاطب به في حال الردة لانه لا يصح منه فان اسلم وجب عليه قضاء ما تركه في حال الكفر لانه التزم ذلك بِالْإِسْلَامِ فَلَمْ يَسْقُطْ عَنْهُ بِالرِّدَّةِ كَحُقُوقِ الْآدَمِيِّينَ


Artinya : “Maka adapun orang yang kafir itu jika ada ia kafir asli nescya tidak dihadapkan kewajipan berpuasa pada ketika kafirnya kerana sungguhnya tidak sah puasa daripadanya. Maka jika orang kafir asli itu masuk Islam maka tidak wajib atasnya qadha puasa kerana firman Allah Taala : Katakanlah bagi orang-orang yang kafir itu jika mereka berhenti dari kekafiran mereka itu nescaya akan diampunkan bagi mereka apa telah lalu. Dan dari kerana pada mewajibkan qadha puasa apa yang telah luput pada masa kafir itu akan meliarkan mereka dari agama Islam. Dan jika ada ia kafir murtad nescaya tidak dihadapkannya dengan wajib puasa pada ketika murtad itu kerana sungguhnya tidak sah puasa daripadanya. Maka jika masuk Islam kembali orang yang murtad itu nescaya wajib atasnya qadha puasa yang dia tinggalkannya ketika dia murtad itu kerana jadi wajib yang demikian itu dengan Islamnya dan tidak gugur sama sekali daripadanya sebab murtad sama seperti segala hak-hak manusia.” (Kitab Al-Muhazzab)


SEJARAH DIWAJIBKAN DAN WAKTU PUASA


Puasa difardukan pada tahun ke dua Hijrah Nabi sollallahu alaihi wasallam.


Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :


وَفرض فِي شعْبَان فِي السّنة الثَّانِيَة من الْهِجْرَة


Artinya : “Dan difardukan puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban pada tahun kedua daripada Hijrah.” (Kitab Al-Iqna’)


Dan telah ijmak bahawa umat yang sebelum umat Nabi sollallahu alaihi wasallam telah diwajibkan olih Allah dengan berpuasa dan berkhilaf olih ulamak tentang rupa dan kadar puasa yang diwajibkan atas umat yang dahulu itu.


Menyebut olih Imam Al-Qurtubi :


قال الشعبي وقتادة وغيرهما: التشبيه يرجع إلى وقت الصوم وقدر الصوم، فإن اللّه تعالى كتب على قوم موسى وعيسى صوم رمضان فغيروا، وزاد أحبارهم عليهم عشرة أيام ثم مرض بعض أحبارهم فنذر إن شفاه اللّه أن يزيد في صومهم عشرة أيام ففعل، فصار صوم النصارى خمسين يوما، فصعب عليهم في الحر فنقلوه إلى الربيع.


Artinya : “Telah berkata As-Sya’bi dan Qatadah dan lain dari keduanya : Penyerupaan dengan puasa umat terdahulu kembali kepada waktu puasa dan kadarnya. Maka sungguhnya Allah Taala telah mewajibkan atas kaum Nabi Musa a.s. dan Isa a.s. akan puasa Ramadhan kemudian mereka telah mengubahnya. Pendita-pendita mereka telah menambah atas mereka sepuluh hari puasa (dari yang telah diwajibkan) kemudian jatuh sakit sebahagian pendita mereka itu lalu dia bernazar jika Allah sembuhkan sakitnya itu dia akan menambah pada puasa mereka sepuluh hari lalu dilakukan seperti itu maka jadilah puasa kaum Nasara itu lima puluh hari. Tidak lama selepas itu jadi menyukarkan mereka dengan puasa yang banyak itu pada musim panas lalu mereka menukar akan masa puasa itu ke musim sejuk.” (Kitab Tafsir Al-Qurtubi)


KELEBIHAN IBADAH PUASA


Berkata Imam Al-Qurtubi :


فضل الصوم عظيم، وثوابه جسيم، جاءت بذلك أخبار كثيرة صحاح وحسان ذكرها الأئمة في مسانيدهم، وسيأتي بعضها، ويكفيك الآن منها في فضل الصوم أن خصه اللّه بالإضافة إليه، كما ثبت في الحديث عن النبي صلى اللّه عليه وسلم أنه قال مخبرا عن ربه:

(يقول اللّه تبارك وتعالى كل عمل ابن آدم له إلا الصوم فإنه لي وأنا أجزي به) الحديث.


Artinya : “Kelebihan berpuasa itu amat besar dan ganjaran pahalanya amat banyak. Telah datang menerangkan dengan yang demikian itu hadith yang banyak dari hadith sahih dan hasan yang telah menyebut akan dia olih imam-imam hadith dalam kitab-kitab mereka. Dan lagi akan datang sebahagiannya dan memadailah akan kamu tentang kelebihan puasa itu buat masa ini sungguhnya puasa itu telah mengkhususkan olih Allah Taala dengan disandarkan puasa itu bagi-Nya sebagai yang telah sabit pada hadith dari Nabi saw sungguhnya baginda meriwayatkan bagi pihak Tuhannya : Berfirman Allah Taala : Setiap amalan manusia itu bagi dirinya melainkan puasa maka sungguhnya puasa itu bagi-Ku dan Aku yang membalas dengannya.” (Kitab Tafsir Al-Qurtubi)


Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :


فالصوم طاعة لله تعالى، يثاب عليها المؤمن ثواباً مفتوحاً لا حدود له، لأنه لله سبحانه، وكرم الله واسع، وكرم الله واسع، وينال بها رضوان الله، واستحقاق دخول الجنان من باب خاص أعد للصائمين يقال له الريان . ويبعد نفسه عن عذاب الله تعالى بسبب ما قد يرتكبه من معاص، فهو كفارة للذنوب من عام لآخر، وبالطاعة يستقيم أمر المؤمن على الحق الذي شرعه الله عز وجل، لأن الصوم يحقق التقوى التي هي امتثال للأوامر الإلهية واجتناب النواهي،


Artinya : “Maka ibadah puasa itu ketaatan bagi Allah Taala yang diberi balasan atasnya dengan pahala yang tiada terhingga baginya kerana sungguhnya puasa itu bagi Allah Taala dan kemuliaan Allah itu sangat luas dan mencapai dengan sebab puasa itu akan redha Allah dan berhak bagi masuk akan syurga dari pintu yang khusus yang disediakan bagi sekelian orang yang berpuasa yang dinamakan pintu itu sebagai Ar-Rayyan. Dan menjauhkan sebab puasa itu akan tubuhnya dari azab Allah Taala dengan sebab perbuatannya pada perkara maksiat. Maka puasa itu menjadi kafarah bagi sekelian dosa dari satu tahun ke tahun yang lain. Dan dengan sebab taat itu luruslah pekerjaan seorang mukmin atas kebenaran yang telah mensyariatkan olih Allah Taala dari kerana bahawasanya puasa itu membenarkan akan sifat taqwa yang ialah menjunjung segala suruh Tuhan dan menjauhkan segala larangan.” (Kitab Tafsir Al-Munir)


DALIL WAJIB PUASA RAMADHAN


Berkata Imam Al-Husaini As-Syafie :


والأصل في وجوبه: الكتاب، والسنة، والإجماع

فاختلف الصحابة - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ - وأرضاهم - لم سمي: رمضان؟ فقال أنس - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - وأرضاه -: سمي بذلك؛ لأنه يرمض الذنوب ويحرقها.

وحُكي عن عبد الله بن عمرو بن العاص - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا -: أنه قال: إنما سمي بذلك؛ لأنه وافق ابتداء الصوم زمنًا حارًا، فكان يرمض فيه الفصيل. يعني: يحترق من شدة الحر.


Artinya : “Dan asal bagi wajibnya puasa Ramadhan itu ialah Al-Quran dan Sunnah dan Ijmak.

Kemudian berselisih para sahabat r.a. kenapa dinamakan ia sebagai bulan Ramadhan? Maka berkata Anas r.a. : Dinamakan bulan ini sebagai Ramadhan kerana ia membakar akan dosa dan menghanguskannya. Dan dihikayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr r.a. sungguhnya beliau berkata : Hanyasanya dinamakannya sebagai Ramadhan kerana ia berbetulan dengan mula masa berpuasa dengan musim panas maka adalah ia memanaskan yakni menghanguskan sebab sangat panasnya.” Kitab Al-Bayan)


1. Dalil dari Al-Quran


Firman Allah :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


Artinya : “Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu semua akan berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu supaya kamu semua menjadi orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Baqarah : 183)


2. Dalil Dari Hadith


Telah diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. berkata :


سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ


Artinya : “Aku telah mendengar akan Rasulullallah sollallahu alaihi wasallam bersabda : Telah dibina akan agama Islam itu atas lima asas : Penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Dan mendirikan sembahyang. Dan mengeluarkan zakat. Dan mengerjakan haji. Dan mengerjakan puasa Ramadhan.” (Hadith Bukhari & Muslim)


3. Dalil Dari Ijmak


Artinya telah sepakat semua ulamak dari kalangan sahabat dan tabiin dan ulamak yang kemudian atas wajibnya mengerjakan puasa Ramadhan dan ia termasuk salah satu daripada rukun Islam yang lima.


AZAB TIDAK BERPUASA TANPA UZUR


Telah diriwayatkan daripada Abu Umamah Al-Bahili r.a. beliau berkata :


سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ إِذْ أَتَانِي رَجُلَانِ فَأَخَذَا بِضَبْعَيَّ فَأَتَيَا بِي جَبَلًا وَعْرًا فَقَالَا لِيَ: «اصْعَدْ» فَقُلْتُ: «إِنِّي لَا أُطِيقُهُ»، فَقَالَا: «إِنَّا سَنُسَهِّلُهُ لَكَ»، فَصَعِدْتُ حَتَّى إِذَا كُنْتُ فِي سَوَاءِ الْجَبَلِ إِذَا أَنَا بأَصْوَاتٍ شَدِيدَةٍ فَقُلْتُ: «مَا هَذِهِ الأَصْوَاتُ؟» قَالُوا: «هَذَا عُوَاءُ أَهْلِ النَّارِ»، ثُمَّ انْطُلِقَ بِي فَإِذَا أَنَا بِقَوْمٍ مُعَلَّقِينَ بِعَرَاقِيبِهِمْ، مُشَقَّقَةٌ أَشْدَاقُهُمْ، تَسِيلُ أَشْدَاقُهُمْ دَمًا، قَالَ: قُلْتُ: «مَنْ هَؤُلَاءِ؟» قَالَ: «هَؤُلَاءِ الَّذِينَ يُفْطِرُونَ قَبْلَ تَحِلَّةِ صَوْمِهِمْ»


Artinya : Aku telah mendengar akan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda : Ketika aku sedang tidur aku telah didatangi olih dua orang. Lalu kedua orang itu memegang lenganku dan membawa pergi ke sebuah bukit. Berkata kedua orang itu : Naiklah. Maka kata aku : Aku sungguhnya tidak mampu. Maka kata keduanya : Kami akan memudahkan bagi kamu. Maka aku pun naik sehingga apabila tiba aku pada tengah bukit tiba-tiba aku terdengar satu suara yang sangat keras. Aku bertanya : Suara apakah itu? Jawab mereka : Itu suara tempikan ahli neraka. Kemudian aku berjalan lagi maka tiba-tiba aku sampai pada satu kaum yang bergantung pada urat-urat tumit mereka. Sedangkan mulut-mulut mereka koyak dan keluar darah dari mulut mereka. Aku bertanya : Siapakah orang-orang ini? Jawab keduanya : Mereka itulah orang-orang yang makan sebelum waktu berbuka puasa.” (Hadith Ibnu Hibban dan Al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah)


wallahua’lam

ustaz azhar idrus

Saturday, March 19, 2022

BEST KE JADI CIKGU /GURU/ USTAZ/ USTAZAH/ TEACHER? 😊😊😊


 “Kau best lah, jadi cikgu cuti banyak.. sekolah pun setakat 190 hari je setahun”


“Betul ke cikgu sekolah rendah gajinya lagi rendah dari sekolah menengah? Tu ha.. cikgu prasekolah.. sijil je kan kelayakan akademiknya? Hmmm senanglah nak jadi cikgu”


“Jap, jadi cikgu balik tengahari kan? Petang dah ada kat rumah”


Oh tidak! 


Jadi cikgu bukan tugas mudah, sekarang ni nak jadi cikgu pun punyalah ketat syarat kemasukkannya. 


Itu belum cerita bab belajar nak menjadi guru tu sendiri, huih! Bukan setakat menghafal dan luahkan kembali diatas kertas sewaktu peperiksaan tau?


Tapi membina karekter, memantapkan jiwa, mengisi rohani.


Tahukah anda yang cikgu ni kerjanya paling tak tentu masa, pantang terjumpa dengan mak pak diluar, mesti ada soalan ditanya.


“Apa khabar cikgu? Anak saya ok dak kat sekolah? Kerja rumah ada dak?”


Dah sampai rumah pun, bertalu-talu soalan melalui Whatsapp dan Telegram diterima, tak jawab karang.. nampak pula sombong, kalau jawab karang, tak sudah-sudah mak pak ni berhubung tak tentu masa.. kesian kita.


Di sekolah, para guru bukan takat mengajar. Tetapi juga mendidik minda dan hati anak-anak kita. 


Memberi inspirasi dan menyuluh kehidupan mereka agar dapat mengenal mana yang hak dan mana yang batil.


Bagaimana nak capai itu semua? Mestilah dengan niat ikhlas dihati, dan perancangan yang teliti.


Ada cikgu masuk dengan pelbagai persediaan, ada cikgu hanya masuk dengan sebatang marker disisi. Terpulanglah bagaimana, janji tidak culas dengan tanggungjawab yang diberi.


Bila bercerita bab aktiviti luar kelas pula, lagilah dasyat sampai tak terkata. Satu keluarga diheret sekali, berkampung bermalam berhari-hari, tak kiralah disekolah atau tempat pertandingan yang dihadiri. 


Semuanya demi memastikan anak-anak murid terjaga dari pelbagai segi, dari latihan, pertandingan hinggalah kebajikan.


Tiba hal kebajikan ni pula, para gurulah juga penganti ibu dan bapa. Kalau disekolah, basuh berak, anak terlupa bekal, duit tak ada, baju lusuh, kasut sekolah koyak, baju lusuh, buku tak cukup… merekalah yang selalu cakna menghulurkan apa yang perlu.


“Terima kasih cikgu.. bantu anak-anak kami.. kalau tiada cikgu.. kami tak tahu mana nak hala mohon bantuan”


Nampak kan? Cikgu jugalah menjadi rujukan, walaupun diri sendiri tak berada mana, tetapi tetap juga diusaha dengan pelbagai cara agar tiada anak murid yang tercicir dimana-mana.


Cikgu juga tak kira dimana-mana, selalu menjadi tempat rujukan dan pemimpin dikala perlu. 


Segala buah fikiran dan bicara cikgu, diambil satu persatu buat panduan dalam memutuskan sesuatu. Nampak kan? Betapa tingginya nilai si cikgu dalam masyarakat dan komuniti?


Ya jadi cikgu memang letih minda dan badan, tapi semua lelah kan hilang pabila melihat anak-anak tertawa riang.


Biarpun tak dapat A berderet, tetapi sapaan mereka yang penuh hormat dengan santun kata yang mesra buat kita rasa itulah kejayaan sebenar yang kita para guru nantikan. 


Kejayaan sebenar, memanusiakan manusia.


Maka, jika dikata tugas guru itu mudah. Tidak benarlah bagai dikata. Ia datang dengan tanggungjawab dan amanah yang tak pernah ada penghujungnya, selagi bernyawa, itulah yang akan kekal kita bawa. 


Kecuali buat mereka yang bekerja hanya kerana gaji, nama dan entah apa lagi… 


Buat semua pendidik diluar sana, teruskan buat yang terbaik dan buatlah anak-anak kita terus berbangga dengan siapa kita.


Kepada ibu bapa dan masyarakat, terima kasih kerana terus menyokong dan mempercayai kami untuk memanusiakan anak-anak ini dan seluruh generasi mereka.

Friday, March 18, 2022

10 Nasihat berguna daripada seorang mantan guru.




 Copypaste


10 Nasihat berguna daripada seorang mantan guru. 


1. Beri hak murid untuk makan pada waktu rehat dan balik pada waktunya. Usah tahan walaupun apa jua alasan.


2. Setiap awal pagi, guru yang masuk kelas masa pertama, ambil 2 minit tanya solat subuh. Beri pujian pada yang solat (jangan layan murid yang provok kawan dia) dan minta serta doakan yang tidak solat agar qada nanti semasa waktu rehat.


3. Guru yang mengajar waktu akhir, ingatkan murid agar bersolat zuhur. Beritahu mereka Allah sayang semua hamba- hambanya. Kalau solat lagi Allah sayang.


4. Kalau ada perhimpunan pagi, beri kata- kata semangat/ motivasi kepada murid. Usah rosakkan 'mood' murid yang ramai hanya kerana kesalahan 2-3 orang dengan membaca 'talkin'. Rosak mood murid.


5. Jaga aib murid. Jangan tularkan di bilik guru, kantin. Tak pasal-pasal guru lain menyampuk akhirnya jadi mengumpat! 


6. 'Cover page' kertas soalan dah macam soalan spm/ universiti terutama tahun 1, 2, 3. Siap ada lencana bagai. Bincang dengan pentadbir wujudkan semula cover soalan yang menarik seperti zaman mereka. Ada gambar kartun, cendawan bunga. (Yang ini memang win!)


7. Waktu rehat, sediakan 'tools' untuk mereka guna. Boleh gantikan aktiviti meronda dan berlumba lari mereka tiap- tiap hari. Catur, dam ular, buku cerita, bermain batu seremban dll.


8. Sediakan siap-siap pensel dan kertas kajang. Pensel untuk kes pensel tak ada. Kertas untuk kes buku tertinggal. Jadi balik rumah tinggal tampal semula. Tak guna beri 'warning' siapkan di rumah. Nanti kena cikgu semula sebab murid lupa nak siapkan juga.


9. Kalau murid datang cakap hilang duit, tak payah cakap banyak, sedekah la seringgit dua. Dia datang pada kita sebab Allah yang hantar.


10. Sebelum keluar kelas, tinggalkan doa buat murid- murid. Biar murid tahu kita hanya garang semasa mengajar tetapi sebelum habis kelas kita guru yang penyayang.


Untuk ingatan dan idea berguna buat sahabat dalam arena pendidikan.


Banyak dapat ilmu bila berbual dengan orang lama. Betullah, orang lama kalau dah berbual memang 'syok' melayan!


#Skyjuicehaqeem

Wednesday, March 9, 2022

Soalan Lazim Tawaran Kemasukan Ke MRSM. Untuk rujukan jika ada persoalan.. Tahniah kepada yang berjaya!!!

 Soalan Lazim Tawaran Kemasukan Ke MRSM. Untuk rujukan jika ada persoalan.. Tahniah kepada yang berjaya!!!












SYARAT SAH SOLAT - PETIKAN TULISAN FB USTAZ AZHAR IDRUS.- TERIMA KASIH USTAZ AZHAR IDRUS DI ATAS PERKONGSIAN ILMU.

 


بحيرة الأزهر  شرح سفينة النجاة

Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah


SYARAT SAH SOLAT

Siri 46


اسْتِقْبَالُ الْقِبْلَةِ

MENGADAP KIBLAT


KETERANGAN


WAJIB MENGADAP KIBLAT KETIKA SOLAT


Bermula syarat sah mengerjakan solat yang keempat ialah mengadap kiblat.


Maka barangsiapa yang solat dalam keadaan tidak mengadap kiblat nescaya solatnya itu tidak sah kerana dia telah meninggalkan satu syarat dari syarat-syarat sahnya solat.


Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :


فَلَا تصح الصَّلَاة بِدُونِهِ إِجْمَاعًا


Artinya : “Maka tiada sah solat dengan tidak mengadap kiblat dengan ijmak.” (Kitab Al-Iqna’)


Bermula yang dikehendaki dengan kiblat itu ialah Ka’bah maka dinamakan Ka’bah itu sebagai kiblat kerana umat Islam sembahyang dengan berhadap ke arahnya dan dinamakan sebagai Ka’bah kerana terangkatnya tinggi.


Dan tidak diwajibkan mengadap arah kiblat dalam sekelian perkara  ibadah melainkan pada ketika solat sahaja.


Ada pun lain dari pada solat maka sunat hukumnya berhadap arah kiblat seperti ketika berwuduk dan membaca Quran dan berdoa dan menyembelih dan seumpamanya.


Dan dalil wajib mengadap arah kiblat di dalam solat sebelum daripada ijmak itu ialah firman Allah Taala :


وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ


Artinya : “Dan dari mana sahaja keluar oleh kamu maka palingkan akan wajahmu ke arah Masjidil Haram.” (Al-Baqarah : 150)


Yang dikehendaki dengan Masjidil Haram pada ayat ini ialah Ka’bah.


Berkata Imam Nawawi :


وَالْمُرَادُ بِالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ هُنَا الْكَعْبَةُ نَفْسُهَا


Artinya : “Dan yang dikehendaki dengan perkataan Masjidil Haram pada ayat ini ialah diri Ka’bah itu sendiri.” (Kitab Syarah Al-Muhazzab)


Dan firman Allah Taala :


جَعَلَ اللَّهُ الْكَعْبَةَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ قِيَامًا لِلنَّاسِ


Artinya : “Allah telah menjadikan akan Ka’bah sebagai Baitul Haram tempat beribadah bagi manusia.” (Al-Maidah : 97)


Dan telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. adalah Nabi sollallahu alaihi wasallam telah bersabda :


إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلاَةِ فَأَسْبِغِ الوُضُوءَ، ثُمَّ اسْتَقْبِلِ القِبْلَةَ فَكَبِّرْ


Artinya : “Apabila berdiri kamu hendak sembahyang maka sempurnakanlah wuduk kemudian hadaplah ke arah kiblat kemudian bertakbirlah.” (Hadith riwayat Bukhari)


Dan yang dikehendaki dengan mengadap kiblat itu ialah mengadap ke arah ain kiblat jika orang yang solat itu berada dekat Ka’bah atau dapat melihatnya dengan sepakat ulamak.


Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :


واتفق العلماء على أن من كان مشاهداً معايناً الكعبة: ففرضه التوجه إلى عين الكعبة يقيناً


Artinya : “Telah sepakat oleh ulamak atas bahawasanya barangsiapa dapat nampak akan ain (banggunan) Ka’bah maka wajib atasnya mengadap kepada ain Ka’bah dengan yakin.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)


Dan jika orang yang solat itu jauh dari Ka’bah atau tidak dapat melihatnya maka tidak disyaratkan mengadap betul ainnya secara yakin tetapi memadai dengan zhan sahaja.


Berkata Dr Mustafa Al-Bugha :


أما القريب منها : فيجب أن يستقبل عين الكعبة يقيناً. وأما البعيد عنها : فيجب عليه أن يستقبل عين الكعبة معتمداً على الأدلة الظنية، إن لم يمكنه الدليل القطعي


Artinya : “Adapun orang berada dekat dengan Ka’bah maka wajib atasnya mengadap akan ain Ka’bah dengan yakin. Dan ada pun orang yang jauh dari Ka’bah maka wajib atasnya mengadap akan ain Ka’bah berpegang dengan dalil zhan yakni berat sangkaan jika dia tidak mampu dengan dalil yang putus (pasti).” (Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji)


Barangsiapa yang telah selesai dari solat baru dia teringat solatnya itu tidak mengadap kiblat maka wajib dia ulangi solat tersebut kerana solatnya yang tidak mengadap kiblat itu tidak sah.


Demikian juga seorang yang tersalah arah kiblat wajib mengulangi solat kerana solat yang dahulu itu tidak sah kerana tidak mengadap arah kiblat yang betul.


Maka syarat mengadap kiblat itu ialah pada sekelian jenis solat samada solat fardu atau sunat atau qadha atau solat jenazah dan sujud sajadah.


Berkata Imam Syafie r.a. :


ولا يجوز لأحد: أن يصلي فريضة، ولا نافلة، ولا سجود قرآن، ولا جنازة، إلا متوجها إلى البيت الحرام


Artinya : “Dan tiada harus bagi seorang itu yang mengerjakan solat fardu dan sunat dan sujud tilawah dan solat jenazah melainkan dalam keadaan berhadap kepada Ka’bah.” (Kitab Al-Bayan fi Mazhab Al-Imam As-Syafie)


Ada pun pada solat khauf atau solat sunat ketika dalam perjalanan maka tidak diwajibkan pada keduanya mengadap kiblat.


Berkata Imam As-Syairazi :


استقبال القبلة شرط في صحة الصلاة إلا في حالين في شدة الخوف وفي النافلة في السفر


Artinya : “Mengadap kiblat itu adalah syarat pada sahnya solat melainkan pada dua keadaan yaitu pada solat ketika bersangatan takut dan pada solat sunat di dalam musafir.” (Kitab Al-Muhazzab)


CARA MENGADAP KIBLAT


Bermula yang disyaratkan pada mengadap kiblat di dalam solat itu ialah mengadap oleh seorang akan dadanya bukannya dengan mukanya.


Kerana itu berpaling muka di dalam solat tidak membatalkan solat tetapi berpaling dada itu membatalkan solat.


Dan yang afdhal ialah mengadap akan kiblat dengan seluruh badannya yaitu mukanya dan dadanya dan bahagian bawah badannya.


Oleh itu jika seorang yang solat di hadapan Ka’bah dengan hanya sebelah badannya sahaja mengadap ain kiblat manakala sebelah lagi badannya tidak mengadap ain kiblat maka solatnya itu tidak sah.


Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :


فَلَو خرج عَن محاذاة الْكَعْبَة بِبَعْض بدنه بِأَن وقف بطرفها وَخرج عَنهُ بِبَعْضِه بطلت صلَاته


Artinya : “Maka jikalau terkeluar seorang itu dari berbetulan sebahagian badannya akan Ka’bah seperti dia berdiri pada tepinya dan keluar sebahagian badannya maka solatnya itu batal.” (Kitab Al-Iqna’)


Demikian lagi wajib mengadap kiblat itu dari awal solat yaitu dari mula mengucap takbiratulihram  sehingga akhirnya yaitu sehingga selesai memberi salam.


Oleh itu jika seorang itu hanya mengadap kiblat ketika takbiratulihram sahaja atau ketika memberi salam sahaja atau ketika pertengahan solat sahaja misalnya maka solatnya itu tidak sah.


Dan jika seorang itu solat ditempat yang tinggi seperti di atas banggunan dan Ka’bah berada di bawahnya maka disyaratkan baginya mengadap akan arah bumbung Ka’bah tidak wajib dia tunduk kepada arah Ka’bah.


Dan disyaratkan mengadap dada ke arah kiblat itu ialah atas mereka yang solat berdiri atau duduk.


Adapun mereka yang solat dalam keadaan berbaring atau terlentang maka jika dapat hendaklah dihadapkan muka dan dadanya ke arah kiblat.


Jika beratur saf yang panjang dihadapan Ka’bah dan sebahagian saf bebetulan dadanya ke  arah Ka’bah manakala sebahagian saf terkeluar dadanya dari berhadap arah Ka’bah maka yang berbetulan dadanya arah Ka’bah itu sah solatnya dan yang terkeluar dadanya dari mengadap arah Ka’bah itu tiada sah solatnya.


MENCARI ARAH KIBLAT


Jika seorang itu berada di tempat yang diketahui arah kiblat seperti berada di dalam masjid atau musolla atau rumah yang ada tanda arah kiblatnya maka harus dia mengikut akan arah kiblat di dalam masjid dan musolla dan rumah tersebut itu tanpa perlu bertanya kepada orang yang lain.


Dan jika seorang itu berada di tempat yang tidak ada tanda arah kiblat dan dia tidak tahu arah kiblat maka jika ada di tempat itu orang yang mengetahui arah kiblat maka hendaklah  dia mengikut orang tersebut.


Berkata Imam As-Syairazi :


ومن غاب عنها فأخبره ثقة عن علم صلى بقوله ولم يجتهد


Artinya : “Dan siapa yang berada di tempat yang tidak nampak Ka’bah kemudian ada orang yang dipercayai memberitahunya arah kiblat maka sah dia solat dengan mengikut cakap orang tersebut dan tidak wajib dia berijtihad (mencari arah kiblat).” (Kitab At-Tanbih)


Dan jika tiada di situ orang yang tahu arah kiblat maka wajib atasnya berijtihad mendapatkan arah kiblat mengikut berat sangkaannya.


Dan harus mendapatkan arah kiblat menggunakan peralatan seperti kompas atau lainnya dan harus berijtihad dengan melihat matahari atau bulan atau bintang atau angin atau seumpamanya.


Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :


ومن لم يجد ثقة يقلده اعتمد على الدلائل كالفجر والشفق والشمس والقطب وغيره من الكواكب


Artinya : “Dan barangsiapa tidak menjumpai orang yang dapat dipercayai untuk diikutnya maka dia boleh berpegang dengan segala tanda seperti cahaya fajar dan cahaya syafaq (cahaya merah selepas waktu maghrib) dan matahari dan segala bintang di langit.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)


Tidak mengapa jika arah kiblat solat seseorang itu tersasar sedikit samada ke kanan atau ke kiri dari arah kiblat yang sebenar sekira-kira orang yang solat itu masih dikira mengadap arah kiblat dan hendaklah selepas mengetahui arah yang lebih tepat itu dia solat berhadap ke arahnya.


Dan jika seorang yang sedang solat dengan tidak sengaja terpaling dadanya dari mengadap kiblat kemudian dia betulkan kembali mengadap arahnya maka solatnya itu tidak batal.


Dan sengaja memalingkan muka dari arah kiblat di dalam solat itu tidak membatalkan solat tetapi sengaja berbuat demikian hukumnya adalah dimakruhkan.


Telah menyebut oleh Syeikh Zakaria Al-Ansari :


إذَا انْحَرَفَ الْمُصَلِّي عَلَى الْأَرْضِ عَنْ الْقِبْلَةِ نَظَرَ إنْ اسْتَدْبَرَهَا أَوْ تَحَوَّلَ إلَى جِهَةٍ أُخْرَى عَمْدًا بَطَلَتْ صَلَاتُهُ وَإِنْ فَعَلَهُ نَاسِيًا وَعَادَ إلَى الِاسْتِقْبَالِ عَلَى قُرْبٍ لَمْ تَبْطُلْ وَإِنْ عَادَ بَعْدَ طُولِ الْفَصْلِ بَطَلَتْ عَلَى الْأَصَحِّ


Artinya : “Jika terpaling orang yang solat di atas tanah dari arah kiblat maka hendaklah dilihat jika dia sengaja membelakangkan kiblat atau berpaling kepada arah yang lain nescaya batal solatnya. Dan jika dia berbuat demikian sebab terlupa dan dia kembali kepada mengadap arah kiblat dengan segera maka solatnya tidak batal. Dan jika dia kembali ke arah kiblat setelah berlalu masa yang lama nescaya batal solatnya menurut pendapat yang paling sahih.” (Kitab Al-Ghurarul Bahiyyah)


Dan barangsiapa solat di atas suatu yang bergerak seperti kapal misalnya maka apabila kapalnya itu berpaling dari arah kiblat maka hendaklah dia berpaling supaya tetap mengadap arah kiblat.


wallahua’lam 

ustaz azhar idrus

Sunday, March 6, 2022

ROAD TO RAMADAN- TERIMA KASIH SALEHUDDIN BIN ABU SAMAH DI ATAS PERKONGSIAN ILMU.


 :: ROAD TO RAMADHAN ::


PERBANYAKKANLAH BACAAN AL-QURANMU PADA BULAN SYA'BAN. 


Salamah ibnu Kuhail rahimahullah menyatakan bahawa : 


Bulan Sya'ban disebut di kalangan mereka sebagai شهر القراء (Bulan Pembaca al-Quran). 


Habib bin Abi Thabit rahimahullah apabila tiba bulan Sya'ban, dia berkata: 


Ini adalah Bulan Pembaca al-Quran. 


'Amru bin Qais al-Mula'ie rahimahullah apabila tiba bulan Sya'ban, dia menutup premis perniagaannya dan menumpukan masanya untuk fokus membaca al-Quran. 


Dia juga pernah berkata: 


Beruntunglah sesiapa yang mengislahkan dirinya sebelum tibanya bulan Ramadhan. 


Sumber :

كتاب لطائف المعارف لابن رجب الحنبلي 


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, 


1) Di antara persiapan yang sewajarnya dilakukan untuk memasuki bulan Ramadhan al-Mubarak adalah dengan mula memperbanyakkan bacaan al-Quran. 


2) Latihlah diri untuk menyediakan masa yang khusus pada setiap hari untuk membaca al-Quran secara konsisten dan berusahalah untuk mentadabbur isi kandungannya. 


3) Peringatkanlah isterimu/suamimu dan anak-anakmu serta insan-insan di sekelilingmu melalui pelbagai medium yang ada supaya memulakan usaha membaca al-Quran bermula dari bulan Sya'ban lagi. 


"Ya Allah, taufiqkanlah kami dan zuriat kami untuk sentiasa berusaha bersungguh-sungguh membaca, memahami, menghayati dan beramal dengan Kitab-Mu yang mulia sepanjang hidup kami serta kurniakanlah kepada kami akhlak al-Quran." 


اللهم بلغنا رمضان ونحن في عافية وصحة ووفقنا لصيامه وقيامه. 


الفقير إلى عفو ربه،

أبو عمار مدني،

غفر الله له ولوالديه ولجميع المسلمين. 


Semenyih, Selangor.

Ahad, 3 Sya'ban 1443H - 6 Mac 2022


Salehuddin bin Abu Samah,

https://www.facebook.com/salehuddin.binabusamah

BAHAGIA ITU SEDERHANA PERLAKUKAN ORANG LAIN SEPERTI KITA INGIN DIPERLAKUKAN.


 

Seorang guru yang bijaksana pernah membawa belon ke sekolah, menyuruh murid-muridnya untuk meniup dan menuliskan nama2 mereka masing2 di tiap belon.


 Setelah anak-anak melemparkan belon mereka ke udara, guru itu bergerak  untuk mencampur semuanya.


Anak-anak diberi waktu lima minit untuk menemukan belon dengan nama mereka di atasnya, tetapi meskipun mereka mencari dengan panik, tidak ada yang menemukan belon mereka sendiri.


Kemudian guru tersebut menyuruh mereka untuk mengambil belon yang paling dekat dengan mereka dan memberikannya kepada orang yang namanya tertera di atasnya. Dalam waktu kurang dari dua menit, semua orang memegang belonnya sendiri.


Guru tersebut berkata kepada anak-anak ini, “Belon2 ini seperti kebahagiaan.

Engkau tidak akan menemukannya ketika dirimu hanya mencari milikmu sendiri.


 Tapi jika kita peduli dengan memberi kebahagiaan orang lain ... itu pada akhirnya akan membantu kita menemukan kebahagiaan kita sendiri.


BAHAGIA ITU SEDERHANA

PERLAKUKAN ORANG LAIN SEPERTI KITA INGIN DIPERLAKUKAN...


Telinga diciptakan untuk lebih banyak mendengar 

Mulut diciptakan Tuhan untuk lebih berkata2 lembut, memberi semangat, menghibur, memuji, memaafkan,...


Hindari dari berucap kata2 yg kasar, keras, menghina, dan yg bleh melukai orang2 terdekat dan sekitar anda..


Sumber : FB

SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

SET A- KOLEKSI BAHAN LATIHAN- ULANGKAJI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4